CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 23 December 2012

My December-back to normal

Assalamualaikum.

Already December huh? Serius, cepat masa berlalu. That means dah hampir 2 bulan aku melalui alam pekerjaan yang mana banyak pengalaman baru yang aku perolehi. InshaAllah lagi seminggu kite akan melangkah ke tahun baru iaitu 2013. Most of us teruja untuk ke tahun itu termasuk aku. Berdebar, takut, gembira semua ada.

Sejak kebelakangan ni banyak benda yang berlaku in my daily life. Banyak yang berubah, dan serus aku rndukan zaman bergelar seorang pelajar! It's quite bored if did the same things everyday wokeh. Erm but life must go on and this is the reality that we need to face.

Last week me and my love involved in a small accident and till now  i cant wear jeans or any pants coz of my knee injury. Seriously i felt so difficult to choose what kind of attire that i want to wear to the office. Skirt, dress, baju kurung are my bestfriends lately. It's comfortable but pergerakan rasa sedikt terbatas and  it took me so long to iron and mix and match snce aku tak banyak skirt and dress. Rimas plus pening okay!

Now, i'm planning for my future saving which is every month i broke my saving! Lets start next year? :) Azam tahun 2013 gitew. ok, checked!

till then, bye.

Love,
Jaa~

p/s : segalanya yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya, kepadaMu ku berserah. Miss our old memories..


Thursday 15 November 2012

Today is holiday


Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1434. New year, new book new hopes..

It has been so long since my last post here. Why? it is not because i have no time to blogging but i have no mood and just love to blogwalking jew. I think i need to buy a small table with a cute chair to put in my small room so that i can catch up with my lappy with more comfortable. Then, i can do blogging 3-4 times a week mayb?:D

So recently I have so many things to think of. Especially about my life and my work. Alhamdulillah thank to Him for the rezeki that He gave to me. Just love the simple of my life that i go through now. Go to work, got nice sleep, having fun with my love and friends, go to gym, window shopping and reading my favourite novels. Awesome kan? But now i'm still looking for a new job that can give me a full satisfaction. But I believe, the rezeki must be somewhere and we need to work hard and pray for it. InshaAllah.

New year, new beginning. I don't know whether I'm ready or not for the next step of my life. Being a single and available still rock in my mind.haha! I'm already 24 but with the environment and also the way my parents treat me i always think that i'm 19 or 20's. :p Done with school,got job and get ready for a new life? Yes, most of my friends now keep work hard and start saving money to build a better life and get married to someone they loved. Same goes to me. At our age now, most all peoples around love to talk about married and babies!auuww. Gosh! I still remember when i were in university, i always told my self that i want to get married early and be a hot mama at a young age.haha. But now, it's totally different! Now,we will think more matured and be more patience towards this things. Plan for your better future and just pray to Him, The Creator. He knows the best. 

These r the random pictures i took from my Jane.*tetibe bg nm omputeh kat hp sndiri* >_< br ade clazzz


on his convocation day~3 Nov

Hey Dude!i'm happy for u!


enjoy having good foods~7 Nov


Stay fit~ 6 Nov


mini potluck at office~ 9 Nov *look at my home made sandwich yg dapat pujian melambong*shy#


*speaking Londong yg x bape nok Londong sangatlah.practice makes perfect* hehe.

Ok, bye.

p/s : Happy birthday to my favourite person in the world, Tg Aimanfaizal Tg Abdullah. May ALLAH Bless u and wish u all the best in your life and future. Love u lotss baby! =*

Sunday 21 October 2012

Our Convocation Day

 Assalamualaikum.

06.10.2012 not just a date but a very special day to me and also my family. This is a big present to my parents. Thank you for everything. InsyaAllah, I wish..will be another graduation day later on. :D A big congratulation also goes to my bestfriends ever, Tiha and Yana who just graduated from UPM. Finally..we met again in our convocation day after 3 years..miss u olls!



us~Me,Dnie,Tiha,Zue <3 p="p">




Happy faces~ Tiha, Yana, Ainul,Azie,me and Dnie..

Till then.

p/s : currently busy with working life, new place,moving and the preparation..hopefully everything will be going well.. :D

Friday 21 September 2012

September TwentyFirst

Assalamuaikum!

Selamat Ulangtahun Perkenalan Bestfriend!

It has been 5 years already. 5 tahun yang cukup lama untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Susah senang, jatuh bangun bersama. Thank you for always standing by my side. Alhamdulillah, we still stick together till now. Hanya DIA yang tahu ape yang terbaik. Insya Allah.


my feveret man ever! :p


p/s : lets celebrate the day with makan2 as usual.. Unfortunately,need to postpone coz he's not around. >_<

Thursday 20 September 2012

Sepang Gold Coast Beach


 Assalamualaikum.

 A long weekend. How was it? Actually aku xde plan langsung last weekend nak buat ape coz pasni aku akan sentiasa ada masa untuk weekend coz my weekdays just like my weekend! awesome je bunyinye bukan. yes. Untuk sementara waktu. So..i need to enjoy them as much as I can. Last week tiada arah tuju but tetibe je datang last minutes punye idea nak ke pantai hirup udara nyaman sambil layan sunset. romantik seh!

So, here we go..Pantai Bagan Lalang..take about 40 minutes to arrive from KL..nice place to visit n photo shoot girls! Next time akan ke sana lagi untuk mandi laut! i think this place is more better than PD wokey.



CROCS.anywhere.everywhere


ok, saje letak my fav foodies all the times!
laksa plus cendol pulut.. always try to have them in my tummy at weekend as well as weekdays! :p

 sila telan ayaq liuq sekarang. glup!

ok, sekian.


p/s : he's not around for a few days. Seriously, i need someone who can be my shopping partner right now. sobs! >_<

Tuesday 18 September 2012

2 months and 3 weeks

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. I just finished my internship last week! So, sekarang hanya bermalasan di rumah dan selesaikan ape yang patut untuk my convocation day. After ambik jubah next week aku akan balik Terengganu! yeay. Siang tadi kuar tengok wayang! pergh..dah lama tak keluar jalan2 on weekdays. Betapa nikmatnya rasa itu okeh. 

In this entry aku nak story pasal aktiviti yang hari2 aku buat sepanjang tempoh internship aritu. Bergambar je kije aku. haha. Bukan pe..bosan dan most all the colleagues xbrape nak leh masuk kepala lol. :p Padahal ke aku yang tak pandai nak bergaul? yes, ini masalah terbesar aku.deng!

Sepanjang 2 bulan 3 minggu aku buat praktikal di AFC. Ramai yang yak tahu ape tu AFC,. so kat sini aku meh aku cite sket AFC ni ape. AFC stands for Asian Football Confederation. Sebuah KOnfederasi Bola Sepak Asia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur iaitu di Bukit Jalil. Terdapat 47 buah persatuan bola sepak   dari pelbagai negara bernaung di bawah AFC seperti Malaysia, Iran, Iraq, Bahrain, ASEAN, Guam, Australia, Qatar,UAE,India,Kuwait,Syria,Palestine dan sebagainya. So konfederasi ni menguruskan hal2 berkaitan bola sepak antarabangsa dengan mendapat bantuan dana daripada FIFA. Kat cni banyak department seperti finance, marketing, competition dll. Aku ditempatkan di Technical Department which is Coach Education yang banyak urus pasal kursus kejurulatihan dan sebagainya.

Dah nama jugak ASIAN so aku punye colleagues memang daripada pelbagai bangsa dan negara la. If tak silap aku Malaysian n muslim yang work kat situ adalah dalam 30% sahaja. Bos aku pon Singaporean, Australian dan bos besar from Bahrain, yang selalu bagi aku surprise dengan chocolates best2 and Starbucks drinks okeh. hehe. Suasana kije kat ctu agak skema dan sume mcm workaholic. Yang bestnya they all gune English all the time..i like okeh, even aku punye English xseberape but i'm willing to learn..2 bulan lebih kat situ aku rasa semakin yakin to speak English! oh, my English!!! :)

Sepanjang kat situ aku hanya rapat dengan 2,3 orang je kot iaitu my boss, secretary boss and my colleague, Masa San, mamat Jepun yang skema n comel.Urm boss aku yang Singaporean tu siyes baik giler! ari2 blanje we all lunch kot. And he's so funny..and the best thing he loves my works! hiks.

Ok, dah penat berstory..lets pics talk..*sorry pics byk syok sendiri..wellll* T_T







ok, bye.

p/s : career fair will be held at Midvalley this weekend..21-23 September 2012. Moh la kite beramai-ramai yop! :)

Thursday 13 September 2012

My hard work paid off!


Assalamualaikum.

I'm so happy right now. Goodbye school! Masa yang ditunggu bakal menjelma tidak lama lagi. Tak sampai sebulan dah kot, so segala preparation yang patut perlu diselesaikan segera. Alhamdulillah, syukur. Inilah yang dinamakan rezeki. Actually my batch sepatutnya konvo October next year even kiteorang dah complete course in December 2012. Al maklumlah my school/university once a year je Convocation Day which is on October.

Nak dijadikan rezeki, aku dan beberapa orang classmates telah decide nak buat kiteorang punye internship pada semester break (jun-sept2012) adalah dalam 11 orang. So rakan2 yang lain buat pada semester baru di mana start 10sept-10dec2012. Bermakna aku sekarang dah di hari2 terakhir internship. yeay! Means, tomorrow is my last day. And a few days ago we got a good news and a letter from university said that we can join the convocation ceremony this October. voww! Biarpun terpaksa join dengan my senior2 ade aku ksah?layan jela.Yang penting happy! :)

Aku rasa masa aku konvo zaman diploma 3 years ago xdela aku rasa excited macam sekarang.peww. Siap buat checklist ntah pape lagi. :D

to-do list ;

jubah konvo
new cloth-plain kurung moden
new shawl
hotel booking
photoshoot
DIY card/flowers for friends&my fav lecturers
_____
______

ok, done.bye.  :D

"graduation celebrate school is done, look out world here i come!"

p/s : updating my blog at my office today. Very disappointed today! salahkan diri sendiri sbb aku xcheck my department calendar for this month. Rupanya my boss on leave start today till end of this month..he went back to Singapore and then going to Iran for football tournament inspection. Means..aku xkn jupe die dah. Insya Allah, if i decide to continue working here, i will be back and meet him next month/after my convocation day. Just pray to HIM for the best.



Tuesday 4 September 2012

Updates-My life

Assalamualaikum.

Salam Syawal, alhamudulillah kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumi ini. Thank to Him, The Creation. Di bulan yang diraikan ini, kinta masih diberi peluang untuk menambahkan pahala dengan melakukan puasa enam. Yes, aku sedang nerusaha mengcukupkan puasa selama enam hari di bulan Syawal ini. Insya Allah.

Minggu hadapan merupakan minggu terakhir aku akan menjalani latihan praktikal selama 3 bulan. Pengalaman yang aku peroleh memang sangat berharga. Kini, baru aku faham dan dapat merasai sendiri betapa penatnya untuk mencari sesuap nasi, if yang bekerluarga tu amat payah nak mencari rezeki untuk membesarkan anak2. Jadi, kita patut sentiasa bersyukur dengan segala yang kita ada sekarang.

Aku masuk kerja jam 9am so around 8.30am aku gerak ke tempat kerja yang terletak di Bukit Jalil di mana ambik masa kira2 15-20 minit untuk sampai. So far, waktu pagi aku tak stuck dalam jem coz aku naik highway..tapi waktu pulang aku ikut jalan b iasa means xnaek highway coz nak jimat. So terpaksa berasak sket dalam jem. Kebiasaannya aku akan sampai umah jam 6.30pm. Seriously, memang letih sampai tak lalu nak makan.(good for me?hehe). Balik umah selesai ape patut dan trus tido. Memang tak hengat dunia.

Keja aku kat office bukanla banyak sangat tapi bile sehari suntuk mengadap pc mmg xleh blah la. Pening kepala woo. Semalam, my boss called me and asking whether aku nak x continue kije kat situ till the end of this year. If ade rezeki die cakap akan ambik as permanent la. Adui..memang payah nak buat keputusan. Will think about it later. Orang dah offer xkan nak tolak? hmm.

Usually weekend adalah masa yang paling digemari. Siyes, rindu gile zaman study dulu yang boleh hang out sesuke ati tak kire waktu. But skrg? weekend pon rase mls nak kuar. nak rest dan rest je. haha. Sekarang aku dah belajar untuk hidup berjimat cermat. No more shopping sesuke ati or whatnot. Aku kini banyak pikir masa depan. Bak kata peribahasa, bersusah dahulu, bersenang kemudian.hehe.

This October ni juga insya Allah aku akn konvo or dgn nama lebih mesra ialah Convocation Day. This is the day yang sangat dinantikan coz bagi aku ia adalah hari untuk meraikan kejayaan aku mengenggam segulung ijazah. Ini adalah hadiah untuk my parents! Buat masa ini, hari konvokesyen adalah hadiah yang paling mahal yang mampu aku berikan kepada mereka. sobs!

Okla, dah letih sangat ni, mata pon dah layu..paksa diri je update blog sbb dah lama sangat tinggalkan one of my feveret routine ni. :)

Till then, bye.

p/s : currently, sedang gigih searching for jobs! +_-

Sunday 2 September 2012

EidFitr 2012


Salam Syawal~




 close friends~

 cousins~

my uncle's family~


Happy Syawal and have a good day! :)


p/s : Currently working hard to get a  better life, be a good muslim, adapt to the new environment, live with peace and enjoy every single moments in my life with the loved one. :) Thank to HIM for everything!

Friday 17 August 2012

Akhir Ramadhan~Salam Syawal


Salam.

Hari ini dah masuk hari ke-28 umat Islam berpuasa dan lagi 2 hari insyaAllah kita akan menyambut syawal. Di rasakan ramadhan kali ini agak rugi bagiku kerana tak dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini sepenuhnya. Hopefully akan dapat berjumpa lagi di bulan ramadhan tahun hadapan , jika dipanjangkan umur.

Selamat menyambut syawal kepada semua, dan hari ini hari last aku bekerja sebelum bercuti selama 9 hari ok. Syukur alhamdulillah rasa tak sabar nak balik beraya di kampung halaman. Semoga perjalanan balik kampung hari ini dipermudahkan dan selamat sampai. Jalan ke Lebuhraya Karak (laluan ke Pantai Timur)semestinya jammed teruk, tapi seperti tahun2 lalu, keadaan ini adalah biasa bagiku. Yang paling penting banyakkan bersabar. Al maklumlah, balik di saat saat akhir ini menguji kesabaran para pemandu. fuh.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! :)


p/s : Trg, here I come! persiapan raya tahun ini adalah paling simple dan sederhana..Alhamdulillah..

Thursday 9 August 2012

Budaya Ramadhan



Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini dah hari yang ke-20 umat Islam berpuasa. Lagi 10 hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan. Bagi aku kita sepatutnya bersyukur kerana dalam setahun dikurniakan bulan ini dimana bulan untuk beribadat. Jika dilihat dari senario, pada bulan inilah semua orang akan bersungguh-sungguh beribdat pada siang ataupun malam hari kerana pahalanya cukup besar sekali. Di bulan ini juga kita akan lihat begitu ramai orang memenuhi masjid pada setiap malam untuk menunaikan solat sunat terawih, alhamdulillah!

Selain itu di bulan ini juga ramai yang mengambil peluang untuk menutup aurat dengan ke pejabat berbaju yang sopan dan mengenakan hijab/tudung kepala. Tetapi adakah pada bulan ini sahaja perubahan yang drastik ini berlaku? Moga-moga yang melakukan perubahan di bulan yang mulia ini akan dibawa juga ke bulan-bulan seterusnya. Wallahualam~





p/s : Mengejar 10 malam terakhir.. :)


Thursday 2 August 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk hari ke-13 umat Islam berpuasa. Kini juga telah masuk bulan Ogos di mana tidak lama lagi kita akan menyambut Syawal yang dinanti. Oleh otu marilah kita sama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini. :- * untuk peringatan bersama dan diri sendiri yang sering alpa* T_T

Amalan-amalan di bulan puasa :

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Sumber : Muzir.wordpres

Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan sampaikan kepada orang lain..

p/s : Macam tak percaya dalam bulan Julai yang lepas hanya 2 entri aku pos kat blog ni. Bukan terlalu busy dengan kerja dan sebagainya tetapi aku punya laptop keyboard jem ok! So sekarang pon belum boleh ganti dengan yang baru. Sume kerja tergendala.:(


Monday 2 July 2012

Welcome July

Assalamualaikum.

Already July? >_<. Alhamdulillah my final results dah keluar tapi belom official. Syukur sangat kerana result di semester akhir ni sangat berbunga2. Yes, setiap pelajar akan mengindamkan keputusan or pointer yang gempak seperti itu dan finally i got it! My parents were so happy and same goes to me! hehe. Sekarang dah masuk Julai, means this month umur aku akan genaplah 24? Fasa kehidupan pun dah berubah sedikit demi sedikit, dan aku cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ni. Kini baru aku rasa sendiri betapa peritnya ingin mencari sesuap nasi or nak cari duit. So, hargailah apa yang anda ada dan silalah berjimat cermat! hiks!

ok, daa~

p/s : hampir 3 minggu aku rest dari training, badan rasa dah x tough! stamina apetah lg, zero! =p this week akan start training balik untuk grand finale Karnival Bola Jaring I-Metro di Melaka! *kije+training. larat ka?

Wednesday 27 June 2012

New Environment

Assalamualaikum.

Sekarang rutin harian aku totally changed! Penat tapi gagahkan juga. Setiap hari bangun jam 5.30 am and get ready to go to the office which is too far from my place. Erm bukan jauh sangatla tapi terpaksa keluar awal sebab nak elak jammed. Setiap hari jugak sampai rumah jam 7pm ok. Fuh!

*lunch hour duk update blog coz bile balik rumah dah ngantuk sangat n mls nak on lappy!

ok, till then.

bye.

p/s : can't wait for weekends!!

Sunday 17 June 2012

Senior Year~Saying GoodBye!

Assalamualaikum! 

I'm so happy. Alhamdulillah 3 tahun sudah berlalu dan semalam merupakan hari yang paling 'touching' bagi aku. Macam orang lain juga, aku akan sentiasa kenangkan life sepanjang aku di kampus tercinta ini. Sedih nak tinggalkan rakan2, suasana kampus yang sentiasa tenang dan membuatkan aku sentiasa rasa selamat berada di sini. Ok, now move on to the next phase in your life girl! working! ehem.

UM IS ONE~









peace yaw! will miss u guys!


p/s: i got another last minutes offer from a private organisation to do my internship there. Quite interesting with allowance and so on. Finally aku accept to do my intern there! yeah, the private one. AFC in the house!  dup dup :)

Sunday 10 June 2012

Internship

Salam. Happy Sunday! 

Sunday and off day. Bila tiba Sabtu or Ahad sure hati gembira je kan. Tapi untuk yang bekerja 5 hari seminggu jela, buat yang masih student like me ni hari2 pun rasa macam cuti je. Kuliah bukannya lama sangat sampai 7/8 hours kan. So, bagi yang bekerja hari minggu sangatlah berharga buat mereka. Hari minggu jua lah masa untuk hang out with friends, bf and parents. 

FYI, this end of June aku akan menjalani latihan practical/internship selama 3 bulan. Wajib ye, if tak buat internship ni jangan harap nak grad ok. Kepada pelajar universiti biasannya internship adalah selama 3 bulan, so pilihlah tempat yang sesuai dengan bidang anda dan juga buat persediaan ape yang patut. Bagi aku, memang sedikit gementar, erm bukan sedikit tapi banyak sangat gementar untuk menjalani internship kali ni. Alhamdulillah aku dah dapat tempat iaitu di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil (MSN).

Dipendekkan cerita aku tersangat gementar/debor sebab setelah sekian lama aku tak bergaul dengan golongan pejabat/orang berkerja/veteran ni. Semua kene well prepared dan mesti dijaga especially pakaian, percakapan dan juga pergaulan. Aku ni al maklumlah agak pendiam dan suka buat hal sendiri memang kene practice lebih la ni. adus! Ini adalah kali kedua aku menjalani interhsip, kali pertama dulu adalah masa diploma. As a teacher ok! haha. Masa tu okla sebab aku ade geng yang sekepala a.k.a my bestfriend buat satu sekolah, tapi sekarang aku sesorang jer. Waa..tak dapat aku bayangkan betape kaget/kekok nye aku nanti. Hopefully semuanya akan berjalan lancar dan baik2 sahaja.


ni pic time aku practical  masa zaman diploma. +_-
aku suke budak2! so mmg best practical kat sekolah rendah.
 with my excellent student. Haris, year 4.

 me and my students..budak sekolah rendah pun dah nak sama tinggi ngan cikgu.haha

and last but not least..
with my partners in crime! teslians rock! =)
me~teacher dnie~teacher fatiha

ok, sekian.


p/s : habis je exams/papers 15 Jun ni memang misi mengumpul kembali baju2 kurung yang telah sekian lama tersimpan rapi tanpa diusik.hehe!

Friday 8 June 2012

Friendship and Memories

Assalamualaikum

Terengganu, negeriku tanah berdaulat penuh semangat! Ini adalah lirik yang sentiasa aku nyanyi semasa zaman study di Terengganu dulu. Sampai sekarang aku ingat tiap bait lirik ni yang sememangnya menyusuk jiwa. Bangga gile jadi anak Terengganu ok! :) Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik. Ketibaan mereka (my classmates) disambut gembira oleh aku dan keluarga. Nun jauh dari seluruh pelusuk negeri akhirnya bertemu di Terengganu, or lebih specific lagi Tasik Kenyir! It was such a sweet memories to me and all of them. Since this July masing2 akan membawa haluan setelah 3 tahun bersama maka terhasil lah trip ini. 

Here we go~





 half of them~




peace!

ok, bye.mmuaahx!

p/s : thank u dad,mum for the treats! Mood swing to final exam! My first paper will be on 11 of June. And good news, today i have confirmed my intern ship placement! :)

Saturday 26 May 2012

My Days

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Lagi beberapa hari lagi akan masuk bulan Jun. Saat2 terakhir aku bergelar seorang pelajar kian dekat. Banyak kenangan manis pahit sepanjang 3 tahun aku bergelar pelajar di kampus tercinta ni. UM IS THE ONE! :) Lately, aku busy sangat dengan assignments, tests,training n tournaments! Dari dulu sampai sekarang itulah rutin aku. Akhir bulan Jun ni jugak aku akan start practical/internship. Means..rutin harian aku akan berubah.. moga2 aku dapat menghadapi hari2 mendatang dengan penuh tabah dan segalanya berjalan dengan baik. Pray to HIM.

So, recently I..

with my college netball team in 'Mini Karnival Bersama Menteri Belia dan Sukan'

yeah, still have time to lunch n hang out with him! even sekejap but i have to manage my time wisely! =p

my teammates! UM netballers! :) lepak2+makan2 after game..

my weekend! attend intern ship workshop~ 

with teammates yg ohsem!

finally! it's over! setelah 3 mggu berturut2 mghabiskan masa dengan kejohanan liga IPT ni..syukur..3rd place! +_-

just fall in love with my new blazer! 

my classmate! 3 tahun sudah..aftr this no more class dear!

foods always make me feel super happy! ok, sedikit tembam skrg kerana makan ikut sedap perot jew! :(
oh, aku pakai bawal! setelah sekian lama.....

The momento! love them :)

with my Weight Training classmates! as usual..dikelilingi para lelaki yg ganteng2 haha!

another blazer! one of my hobby now besides collecting shoes! :p

on the mother's day! my mum came to KL for my cousin's wedding n we enjoyed shopping together!

ok, sekian,


p/s : Selamat mengulangkaji pelajaran buat rakan2 seperjuangan, final exam just around the corner.. Next week my classmates will come to Trg for a vacation! Kenyir Trip 2012! :) off to home town today! yeay!