CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 29 August 2016

Hello Monday


As Salam.

I hope everyone had a nice weekend.

Mine? Trouble I told you! Haha. 

We went for late breakfast(brunch) at Restoran Jamal, Kelana Jaya because aku teringin sangat nak makan The Pisang Cheese and also influenced by people who posted pic of kuew tiaw goreng yang dikatakan femes disitu. So aku try lah.

Here you go the famous fried kuew tiaw makcik gemuk.- people named it


And here was The Pisang Cheese yang aku mengidam sangat tu. Influenced by instagram post. Aku lah tu cpt sangat terpengaruh dengan mainan media sosial ni. Bab makan jelah :)


After selesai mengisi perut kami ke Giant Bandar Kinrara bawak Ammara main indoor playground kat situ. Itulah tempat paling dekat dengan rumah yang best selain IOI Mall. Why ke Giant je tak ke tempat lain? 

Since husband ada urusan lain pada sebelah petang itulah tempat paling dekat boleh pergi. Aku paling menyampah kalau weekend terganggu dengan urusan lain. Ape pun as a wife kita kene redha gitu. Family time woi! Fine. Dah lah aku ade cakap kat die nak ke kedai perabot cuci mata boleh pulak die lupa, hmm sentap mak ok. Overall weekend aku 'bolehlah'..

Ok, now at the office and my first time try update blog via phone. I love it! Senang tak payah susah cari cable nak transfer gambar :)

Have a great day ahead!

Love, J

Tuesday, 9 August 2016

MyMasterJourney : Sem 1


Sambung belajar? Yes, Alhamdulillah akhirnya niat yang lama tersimpan telah dapat dilaksankan. I made a move. Bukan apa, dalam hidup ni kita perlukan sesuatu yang baru dan mencabar, kalau mendatar je tak bestlah kan. Sama jugak macam kita diuji dengan pelbagai dugaan, masa tu barulah kita tahu sejauh mana tahap kesabaran fizikal dan mental gitew.

Ok, aku finally sambung master dalam bidang Corporate Communication, actually pada mulanya aku dapat tawaran untuk MBA tapi fikir punya fikir dan minta pendapat teman2 aku decided to refuse and then aku apply this course. Why? ok, sebabnya aku bukanlah buat fulltime study even dalam surat tawaran menyatakan aku adalah fulltime student. Kat UPM and my faculty kelas adalah bermula jam 6pm dan ke atas so should be no problem even ko kerja pon kan. Tapi menurut rakan2 yang lain dan aku sendiri pon buat survey course MBA ni memerlukan fokus, dan study hard. Camana aku nak study hard kalau dalam masa yang sama aku bekerja kan? So I give up MBA.

Corporate Communication ni serious best. Professor pon memang sangat memahami dengan kami2 yang bekerja ni. Yela, pagi kerja then petang kui 5pm rushing pergi class. Prof memang dah biasa dengan students yang macam ni so banyak kelonggaran yang i olss dapat. :) Bab kata orang even belajar sambil kerja tak stress sangatlah. Giteww

Masa first time aku masuk kelas mak ai kekok sangat. Yelah dah bertahun tinggal buku2 dan segala jenis alat tulis tetiba ko kene selongkar seluruh rumah or nak mudah beli baru je segala stationary. After a month jugaklah baru aku dapat sesuaikan diri dengan rutin baru. Bukan aku je kene sesuaikan diri, hubs dan anak aku pon sama. Kelas aku 3 kali seminggu then sepanjang 3 hari kelas tu malam baru aku sampai rumah, kelas biasa habis around 8.45pm. Alhamdulillah hubs berikan kerjasama yang baik termasuklah anak aku, Ammara seolah2 memahami yang mama die memang busy.sobs! Kekadang hubs masam muka jugak sebab aku terlewat balik dan die plak nak kene p jupe customer n terpaksa bawak anak.huhu..sorry okay! 

Ramai teman2 tanya aku, ko tak letih ker? why ko sambung study? eh hebatlah ko mmg power buat 3 kerja dalam suatu masa, kerja,belajar and as  a mother? Tipu lah tak penat, tak letih dan tak stress oii tapi segalanya aku telan gitu jer gulp! Dah ni jalan yang aku pilih so aku takkan stop gitu jer. Alang2 dah habis 1 sem teruskan ajelah, lagipon aku tak kalut pon nak habiskan cepat asalkan habis dan lulus semua subjek dah kira ok bagi aku. Slow2 beb. 

Sekarang aku dah ramai kawan baru taw, al maklumlah before ni aku jarang bergaul sangat bukan ape takde masa tapi now dah bertambah kawan ye..yang rapat dengan aku mestilah yang dah berkahwin and mak-mak orang ye tapi sporting habis. Aku baik dengan sorang akak ni, pegawai kastam dan pegawai sukan. Depa ni memang bestlah cuti belajar, gaji jalan siap dapat full schorlarship lagi dari government. Untung lah! Lagi sorang yang close dengan aku abang PTD, jangan main2 okayy..haha. Best bila ko dapat bergaul dengan pelbagai jenis latar belakang ni,,such a new experiences.

Mesti ramai yang nak tahu cmana dan bila masa aku study dan siapkan assignments kan. Okay, sebenarnya terus terang aku cakap aku xde masa langsung nak study dan siapkan assignment bagai, I mean i dont have specific time. Sebab bila kau plan nak buat assignment ade je nanti kerja rumah or bab anak yang nak kene uruskan so aku just follow with the flow. Kekadang dekat office aku tak keluar lunch aku siapkan assignment/study untuk test/exam. Dan aku selalu siapkan assignment last minit contoh esok deadline 2 hari sebelum baru aku kalut cari bahan2. Kalau kat rumah memang satu habuk kerja tak jadi dan kekadang aku rasa bersalah pulak nak study kalau kat rumah sebab anak aku asyik akan datang dan seolah2 mintak main dengan die. Kekadang kalau aku rasa perlu study aku bangun tengah2 malam buat nota pendek then hafal and baca masa tgh drive or sangku dalam jammed. Kalau korang nak tahu kelebihan aku adalah aku cepat menghafal but short term memory lah. After exam/test aku terus lupe. hehe. 

Aku dah target and plan siap2, every semester aku hanya akan ambil paling banyak adalah 3 subjek equal to 9 credit hours. Now tengah semester  break so dapatlah aku rest sekejap and enjoy my holidayss even kerja tetap kerja weh. Result semester 1 pon dah keluar dan aku syukur sangat2 sebab jauh lebih baik daripada apa yang aku target. Alhamdulillah.

Sem 1 2015/2016

pic ni masa program di Lenggeng, N9. Ha yang pakcik hujung tulah ptd ye, dan akak baju biru tu pegawai kastam..kami sekepala sebab sama2 org Ganu!:)

Kempen Denggi- akak yang tudung kuning tu pegawai di kementerian pelancongan..wah hebat semua

my course-mates!

Gala dinner :)

Ini mak anak 2 okeh tapi macam awal 20-an je..



time final exam aritu bulan puasa..sabor jelah..tp yang best bazar ramdan kat Serdang the best lah! yg tu buat semangat sket nak pergi ambik exam bulan puasa..haha!

oklah..sekian..

Thank you for reading :)

Thursday, 7 April 2016

Tips Bergaya Hijab dengan Kaftan


Kekal selesa sepanjang hari dan pada masa yang sama tampil bergaya merupakan impian setiap wanita. Lebih-lebih lagi bagi wanita bekerjaya yang menghabiskan masa seharian di pejabat. Pakaian yang tidak selesa bukan sahaja mengganggu konsentrasi si pemakai, malah boleh menyebabkan segalanya serba tak kena. Tahukah anda apakah jenis pakaian wanita yang selesa, praktikal dan bergaya?

Well, ramai wanita berpendapat bahawa koleksi kaftan merupkan jenis pakaian yang mempunyai ketiga-tiga kriteria tersebut. Potongan kaftan yang loose memberikan keselesaan yang cukup ideal kepada sesiapa sahaja yang memakai. Bukan itu sahaja, jenis pakaian ini juga boleh dipakai oleh semua jenis bentuk badan wanita, kurus atau berisi! Tambahan pula, kaftan boleh dipadankan dengan apa jua jenis pakaian dan oleh kerana itu juga ia kini menjadi salah satu pakaian favourite wanita berhijab!



Selain memberikan keselesaan, potongan loose kaftan ini juga menjadikan penampilan si pemakai kelihatan sopan dan feminine. Material yang digunakan juga tidak mengikut bentuk badan si pemakai. Cara bergaya hijab dengan kaftan ini boleh anda sempurnakan dengan memakai inner terlebih dahulu untuk memastikan bahagian lengan anda ridak terdedah. 


Maklumlah, kebanyakkan koleksi kaftan direka dengan potongan lengan yang lebar dan singkat. Namun, kini anda juga boleh menemui rekaan kaftan yang berlengan panjang dan mempunyai ‘cuff’. 


“MODESTY IS THE CROWN OF MUSLIMAH”
Till then, bye!