CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 31 December 2014

2014 The best part in my life


Bismillah

Thank you ALLAH for everything

 pic was taken on Majlis Akikah Ammara #day44


Bye 2014, Welcome 2015!

Sunday 28 December 2014

MyPregnancyStory : Baby's overdue

As Salam.

Aku harap cerita ini belum basi ye. Dah 3 bulan 2 hari usia si anak baru mama nye nak bercerita pengalaman di saat menunggu kelahiran si kecil intan payung ni. hehe

Yes, baby aku lahir overdue 7 hari okay. memang lama sangat nak menunggu dan gelisah risau bagai tu tak payah cerita lah kan. Aku punya EDD 18 September 2014, tapi aku bersalin pada 26 September, hambik kaw..seminggu baru baby keluar. Alhamdulillah semua oka, cuma banyak jugalah pengalaman yang sangat berguna aku dapat sepanjang menempuh saat kelahiran tu.

Pada petang 23 September 2014 aku rasa perut aku mengalami krem yang agak lama tapi aku buat relax je sambil layan tv dah lah aku sesorang je kat rumah masa tu memang slumber je kan. Takpe, jiran sebelah rumah aku pak sedara aku je so pape aku just jerit jela kan panggil diaorang.hehe. Perut aku krem agak lama dan aku sempat lagi duk buat senaman ringan konon nak bagi baby cepat keluar. Setengah jam lepas tu nak masuk waktu maghrib krem tu dah ok dan tiba2 aku rasa mengidam nak makan burger dan kerangka ayam goreng yang dijual di pasar malam. So, aku terus call cousin aku ajak pergi pasar malam. Aku tak ajak mak aku sebab merajuk dengan die petang tu disebabkan aku ajak die pergi klinik die tak mau, die cakap tunggu biar sakit betul2 baru pergi.huhu.

Then aku ke pasar malam dengan cousin aku around 8pm. Serba mak nenenk aku beli sampai cousin aku tegur macam banyak sangat, then aku cakap katdie kalau bersalin malam ni cmana, tak dapatlah nakmersa nanti. hehe so aku beli jer semua ape yang aku rase nak makan. Sampai kat rumah aku makan sesorang samapi licin semua pastu aku join mak dan ayah aku layan HBO masa tu tengah layan movie The Call. around 10.40pm sedang aku syok duk landing atas sofa depan tv tu akur asa macam kain aku pakai basah then bila bangun jer..berdesut air keluar , so panik sekejap. Aku masuk bilik check tengok air makin banyak dan terus bagitau mak aku. Diorang pon cepat suruh siap angkat bag masuk kereta dan menuju ke hospital. Masa di hospital bukaan aku baru 1cm lols! patut aku tak rasa sakut pon tapi aku dah leaking (air ketuban dah pecah). Malam tu aku tidur kat wad, memang tak berapa nak boleh tidur lah sebab risau. Malm tu jugak husbnad aku gerak balik ke Trg dari KL. Aku harap sangat die sempat sampai.(konon kalau terberanak awal la kan).

Keesokkan hari 24 Sept pagi tu bukaan rahim aku masih 1cm sso aku kena tranfer ke hospital besar HSNZ. Sampai sana aku still boleh berjalan macam biasa pergi daftar dan sebagainya. Aku dimasukkan wad selepas 4 jam menunggu ok. Biasalah hospital kerajaan kan, orang ramai staff kurang.huhu. Blame my mom sebab tak bagi aku bersalin kat private! membazir dan bukan bagus sangat katanya.huhu. Noted that my mom adalah goverment punya medical staff. Patutlah kannnn. hehe. Malam tu aku bermalam di wad HSNZ, husband aku pon bermalam sama kat luar wad tunggu aku. Lega husband dah ade dekat, so makin tak sabar nak deliver rase. fuh

25 Sept pagi keadaan aku macam tu juga takde perubahan, just bukaan rahim dah 2cm tapi still lambat sedangkan aku dah leaking lama, ish bahaya untuk bayi atkut lemas tapi bila dalam wad selang 1 jam nurse akan datang check degupan jantung baby..okla kan lega sket. Petang tu doc panggil aku dan die cakap akan induce (masukkan ubat kat bahagian bawah) untuk percepatkan bukaan rahim kira cara paksa la ni. Mak aiii sakit giler after 2 hours ubat dimasukkan tapi bukaan jalan still tak berubah.*nangis ok! BIla dah kene induce memang sakit sangat sampai malam tu aku text husband cakap tolong bawak aku keluar dari wad ni dan paksa bawak aku ke mana2 klinik swasta untuk operate je. Gila sakit ok! Makan pon tak lalu dah, tenaga takde.

26 Sept jam 8 am doc round dan check aku, die cakap akukena bersalin gak harini sebab dah lama lekaing takut abbay ada jangkitan kuman ke ape nanti. So doc booking kan aku special labour room dan around 10.30am aku ditolak masuk ke labour room. Masuk je labour room doc check bukaan dah 4cm, Doc masukkan ubat bagai dan panggilkan husband aku suruh masuk sekali. Die cakap ready lah mungkin 2,3 jam lagi baru bukaan 10cm so aku tunggu lah sambil berbual dan snap pic dengan husband aku.haha.sempat lagi okay even tengah sakit sangat2. Labour room tu kosong je xde orang sebab yang second class punye..memang layan lah.haha. Around 1pm aku rasa macam nak buang air besar sangat2 then husband aku panggilkan midwife yang ade kat situ, die cakap dah sampai masa kot, bile die check jalan die cakap ok, it's time! Aku ape lagi dengan macam tengah mamai ikut je ape midwife tu suruh. Then Alhamdulillah tepat jam 1.48pm hari Jumaat aku selamat melahirkan cahaya mata sulung, perempuan seberat 3.35kg.

sekian.

p/s : next post aku akan cerita pengalaman semasa berpantang.haha.Next post xtaw bile, sejak ade anak ni memang tak cukup masa je rase, ni pon si anak tengah nyenyak tidur aku curi2 update blog. :)