CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 7 April 2016

Tips Bergaya Hijab dengan Kaftan


Kekal selesa sepanjang hari dan pada masa yang sama tampil bergaya merupakan impian setiap wanita. Lebih-lebih lagi bagi wanita bekerjaya yang menghabiskan masa seharian di pejabat. Pakaian yang tidak selesa bukan sahaja mengganggu konsentrasi si pemakai, malah boleh menyebabkan segalanya serba tak kena. Tahukah anda apakah jenis pakaian wanita yang selesa, praktikal dan bergaya?

Well, ramai wanita berpendapat bahawa koleksi kaftan merupkan jenis pakaian yang mempunyai ketiga-tiga kriteria tersebut. Potongan kaftan yang loose memberikan keselesaan yang cukup ideal kepada sesiapa sahaja yang memakai. Bukan itu sahaja, jenis pakaian ini juga boleh dipakai oleh semua jenis bentuk badan wanita, kurus atau berisi! Tambahan pula, kaftan boleh dipadankan dengan apa jua jenis pakaian dan oleh kerana itu juga ia kini menjadi salah satu pakaian favourite wanita berhijab!



Selain memberikan keselesaan, potongan loose kaftan ini juga menjadikan penampilan si pemakai kelihatan sopan dan feminine. Material yang digunakan juga tidak mengikut bentuk badan si pemakai. Cara bergaya hijab dengan kaftan ini boleh anda sempurnakan dengan memakai inner terlebih dahulu untuk memastikan bahagian lengan anda ridak terdedah. 


Maklumlah, kebanyakkan koleksi kaftan direka dengan potongan lengan yang lebar dan singkat. Namun, kini anda juga boleh menemui rekaan kaftan yang berlengan panjang dan mempunyai ‘cuff’. 


“MODESTY IS THE CROWN OF MUSLIMAH”
Till then, bye!