CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 31 December 2014

2014 The best part in my life


Bismillah

Thank you ALLAH for everything

 pic was taken on Majlis Akikah Ammara #day44


Bye 2014, Welcome 2015!

Sunday 28 December 2014

MyPregnancyStory : Baby's overdue

As Salam.

Aku harap cerita ini belum basi ye. Dah 3 bulan 2 hari usia si anak baru mama nye nak bercerita pengalaman di saat menunggu kelahiran si kecil intan payung ni. hehe

Yes, baby aku lahir overdue 7 hari okay. memang lama sangat nak menunggu dan gelisah risau bagai tu tak payah cerita lah kan. Aku punya EDD 18 September 2014, tapi aku bersalin pada 26 September, hambik kaw..seminggu baru baby keluar. Alhamdulillah semua oka, cuma banyak jugalah pengalaman yang sangat berguna aku dapat sepanjang menempuh saat kelahiran tu.

Pada petang 23 September 2014 aku rasa perut aku mengalami krem yang agak lama tapi aku buat relax je sambil layan tv dah lah aku sesorang je kat rumah masa tu memang slumber je kan. Takpe, jiran sebelah rumah aku pak sedara aku je so pape aku just jerit jela kan panggil diaorang.hehe. Perut aku krem agak lama dan aku sempat lagi duk buat senaman ringan konon nak bagi baby cepat keluar. Setengah jam lepas tu nak masuk waktu maghrib krem tu dah ok dan tiba2 aku rasa mengidam nak makan burger dan kerangka ayam goreng yang dijual di pasar malam. So, aku terus call cousin aku ajak pergi pasar malam. Aku tak ajak mak aku sebab merajuk dengan die petang tu disebabkan aku ajak die pergi klinik die tak mau, die cakap tunggu biar sakit betul2 baru pergi.huhu.

Then aku ke pasar malam dengan cousin aku around 8pm. Serba mak nenenk aku beli sampai cousin aku tegur macam banyak sangat, then aku cakap katdie kalau bersalin malam ni cmana, tak dapatlah nakmersa nanti. hehe so aku beli jer semua ape yang aku rase nak makan. Sampai kat rumah aku makan sesorang samapi licin semua pastu aku join mak dan ayah aku layan HBO masa tu tengah layan movie The Call. around 10.40pm sedang aku syok duk landing atas sofa depan tv tu akur asa macam kain aku pakai basah then bila bangun jer..berdesut air keluar , so panik sekejap. Aku masuk bilik check tengok air makin banyak dan terus bagitau mak aku. Diorang pon cepat suruh siap angkat bag masuk kereta dan menuju ke hospital. Masa di hospital bukaan aku baru 1cm lols! patut aku tak rasa sakut pon tapi aku dah leaking (air ketuban dah pecah). Malam tu aku tidur kat wad, memang tak berapa nak boleh tidur lah sebab risau. Malm tu jugak husbnad aku gerak balik ke Trg dari KL. Aku harap sangat die sempat sampai.(konon kalau terberanak awal la kan).

Keesokkan hari 24 Sept pagi tu bukaan rahim aku masih 1cm sso aku kena tranfer ke hospital besar HSNZ. Sampai sana aku still boleh berjalan macam biasa pergi daftar dan sebagainya. Aku dimasukkan wad selepas 4 jam menunggu ok. Biasalah hospital kerajaan kan, orang ramai staff kurang.huhu. Blame my mom sebab tak bagi aku bersalin kat private! membazir dan bukan bagus sangat katanya.huhu. Noted that my mom adalah goverment punya medical staff. Patutlah kannnn. hehe. Malam tu aku bermalam di wad HSNZ, husband aku pon bermalam sama kat luar wad tunggu aku. Lega husband dah ade dekat, so makin tak sabar nak deliver rase. fuh

25 Sept pagi keadaan aku macam tu juga takde perubahan, just bukaan rahim dah 2cm tapi still lambat sedangkan aku dah leaking lama, ish bahaya untuk bayi atkut lemas tapi bila dalam wad selang 1 jam nurse akan datang check degupan jantung baby..okla kan lega sket. Petang tu doc panggil aku dan die cakap akan induce (masukkan ubat kat bahagian bawah) untuk percepatkan bukaan rahim kira cara paksa la ni. Mak aiii sakit giler after 2 hours ubat dimasukkan tapi bukaan jalan still tak berubah.*nangis ok! BIla dah kene induce memang sakit sangat sampai malam tu aku text husband cakap tolong bawak aku keluar dari wad ni dan paksa bawak aku ke mana2 klinik swasta untuk operate je. Gila sakit ok! Makan pon tak lalu dah, tenaga takde.

26 Sept jam 8 am doc round dan check aku, die cakap akukena bersalin gak harini sebab dah lama lekaing takut abbay ada jangkitan kuman ke ape nanti. So doc booking kan aku special labour room dan around 10.30am aku ditolak masuk ke labour room. Masuk je labour room doc check bukaan dah 4cm, Doc masukkan ubat bagai dan panggilkan husband aku suruh masuk sekali. Die cakap ready lah mungkin 2,3 jam lagi baru bukaan 10cm so aku tunggu lah sambil berbual dan snap pic dengan husband aku.haha.sempat lagi okay even tengah sakit sangat2. Labour room tu kosong je xde orang sebab yang second class punye..memang layan lah.haha. Around 1pm aku rasa macam nak buang air besar sangat2 then husband aku panggilkan midwife yang ade kat situ, die cakap dah sampai masa kot, bile die check jalan die cakap ok, it's time! Aku ape lagi dengan macam tengah mamai ikut je ape midwife tu suruh. Then Alhamdulillah tepat jam 1.48pm hari Jumaat aku selamat melahirkan cahaya mata sulung, perempuan seberat 3.35kg.

sekian.

p/s : next post aku akan cerita pengalaman semasa berpantang.haha.Next post xtaw bile, sejak ade anak ni memang tak cukup masa je rase, ni pon si anak tengah nyenyak tidur aku curi2 update blog. :)

Sunday 2 November 2014

Quick Update : New Life Begins


As Salam.

Alhamdulillah tangga 26 September 2014, Jumaat, jam 1.48ptg aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.35kg yang diberi nama Tengku Ammaraaisya Binti Tengku Aimanfaizal.

Hari ini genap usia Ammara 37 hari dan lagi 3 hari aku nak habis berpantang. Pejam celik sekejap je rase masa berlalu. Semoga anakku menjadi seorang anak yang solehah.

Tak sempat nak tulis panjang Ammara dah merengek minta dukung. huhu. InshaAllah will update more soon. :)


p/s : misi turunkan berat badan! huhu. 7kg more to go..fuh!


Thursday 22 May 2014

MyPregnancyStory : Maternity Pants

Salam.

Now dah masuk 5 months+ usia kandungan aku dan sekarang terasa banyak sangat pakaian yang dah tak muat dan buatkan aku malas sangat nak keluar, al maklumlah kene pakai baju yang sama je kan. Hari tu ada jugak aku memborong pakaian kat Kenanga Wholesale tapi tak jumpa pon yang betui2 selesa dipakai. Membazir pulak rasa beli banyak2 masa tu. Masa kat KWC aku borong palazo, dress, skirt dan blouse dan sekarang rasa baju2 tu cam tak sesuai nak pakai hari2 dan buat lasak.*okey alasan!haha.* Actually aku perlukan maternity pants yang selesa, murah dan cantik okay. Senang nak match dengan mana2 baju. Simple je tu yang aku suke. 

So ak pun sibuklah duk mengoogle dan survey kat mana2 onlineshop mencari pants yang best dan murah. Banyak review aku tengok mommy-to-be beli maternity pants kat Jusco, Maternity Dept. But setelah aku survey design tak lawa dan harga pon macam mahal je (range rm59-rm79) dan  yang paling tak best design macam makcik2 sangat dan mostly skinny jeans. Setelah survey banyak hari aku terjumpa satu onlineshop yang murah dan barang best. Yes, Mammahouse.com. Masa tu tangan dah gatal nak masuk chart dan shop online terus. Tapi memandang aku takot ukuran salah dan sebagainya, aku pon bodek encik husband ajak p showroom terus weekend lepas. Tengok depan mata dan boleh terus fiitting baru puas hati kan, nasib showroom/kedai tu xdelah jauh sangat dengan my place. Area Bandar Bukit Puchong je. 

Weekend lepas bercadang nak ke mother and baby expo MidValley but bile difikirkan kembali malas nak berasak dan parking pun susah plus belum buat checklist betui2 pe yang perlu beli so kami ke MammaHouse dan Kedai Manjaku sahaja pada hari tersebut. 


22 weeks pregnancy :)

ok, dah sampai kat MammaHouse- just 
a small showroom coz they prefer more for onlineshopping

sibuk memilih jeans yang aku dah usyar kat website aritu, memang banyak choice, cutting cantik dan material pon best! range harga RM45-RM59. murah kann

ok, done shopping for mommy! hehe. Aku grab 2 helai je mcm kat bawah ni. 


 

ni pulak some stuff yang aku borong kat KWC last montlh. Belt tu murah gile 3 for rm10. Flat shoes tu pulak aku beli kat Vincci. 

ok,bye.



p/s : now aku giat menggantikan puasa. huhu. Yela, ramadhan kan dah dekat, serius tak sabar nak sambut ramadhan tahun ni dan berharap aku dapat berpasa penuh! :)



Thursday 8 May 2014

MyPregnancyStory : First Trimester


Assalamualaikum.


Long hiatus and now I'm back for good! Banyak benda nak share kat sini tapi satu persatu la ye. Ok, this time aku nak khabarkan perkara yang paling mengembirakan buat kami sekeluarga, Alhamdulillah, kami akan bergelar papa dan mama tidak lama lagi kalau diizinkan-Nya. We are so happy! Syukur!

Berita baik ni aku tahu masa bulan Januari haritu, setelah 6 bulan kahwin akhirnya kami dikurniakan rezeki yang tidak terhingga ini. Yang paling excited adalah si bapa macam tak percaya katanya. haha. Bajet macam muda lagi kan, padahal umor dah meningkat kot, so memang sesuai sangatlah ada anak time2 camni. 

Memandangkan period aku amatlah teratur sepanjang bulan bila tetibe terlewat 2 hari my hubby dah kalut suruh buat preganncy test. Aku pulak relax jer sebab tak nak terburu buru. So, bila dah seminggu lewat aku pun dengan yakinnya suruh my hubby beli pregnancy test kat farmasi. Aku cakap kat die beli yang murah dan yang biasa je. Jangan membazir sebab takut mengecewakan bila dah macam sah baru try gune yang mahal sket.hehe. So hubby aku beli yang murah je, RM8 gitu kot kat farmasi. Pagi keeseokkan harinya aku bangun awal pagi dan terus buat ujian dan alangkah gembira bila dapat tengok 2 line ye. So, kejutkan hubby dan die macam excited tak yah cakap la kan. Baru aku tahu bagaimana rasanya bile tahu ada nyawa lain dalam perut ni. Alhamdulillah. After solat subuh kami sibuk bercerita itu ini dan duk snap pic preganancy test tu.haha. 

Then, bermula lah symptom orang mengandung pada aku. Masa minggu 4-12 aku memang tak leh nak masuk dapur terus. Aku alah kepada bau minyak. Hambik kau, bile tak leh bau minyak cmana mau masak kan? so bermula kehidupan macam orang bujang asyik beli bungkus or makan kat kedai je. Tapi aku tak makan banyak pon, tak selera nak makan dan berat aku memang turun banyak time tu. Dan lagi satu aku punye morning sickness xdelah teruk sangat, biasa2 je. Muntah pon jarang2 tu pon bile makan makanan yang tak kene dengan selera, baru aku muntah. So far semua berjalan lancar. Aku hanya ke klinik untuk buat pemeriksaan dan check my EDD masa minggu ke 12. Aku ke Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Masa tu doc scan perut dan boleh dengar dengupan jantung baby dah. :) Seminggu lepas tu aku pergi buat buku pink kat Klinik Kesihatan Puchong Batu 14. Kalau nak buat buku pink ni die ikut alamat rumah ok. Means kawasan tempat tinggal kite. Padahal jauh jugak klinik ni dari rumah aku. fuh! Maka, episod tiap2 bulan pergi check up di klinik pun bermula.



 2 lines! yeay
 we are at week 12!
Welcome Second Trimester! +_-
 20 weeks pregnancy!

 we are daddy&mommy-to-be :)

Semoga perjalanan ini dipermudahkan dan dirahmati olehNya...

p/s : bulan depan ingat nak pergi scan nak tengok jantina baby. Bile aku tengok review kat blog2 lain depa cakap masa yang sesuai untuk scan jantina baby adalah pada minggu ke 23 dan ke atas. So dah boleh lah kot. hee. :)

Friday 17 January 2014

My Review : Spa Day!


Assalamualaikum.

Aku ni jarang sangatlah pergi spa or buat facial dan sebagainya. But sejak dah berumahtangga ni rajin bebenor aku ke spa. Al kisahnya aku beli voucher spa ni sebelum kahwin lagi. Konon-konon nak manjakan badan sebelum bergelar isteri orang kan tapi niat tak kesampaian disebabkan masa tak sempat so aku postpone selepas kahwin baru pergi. Voucher spa ni aku beli murah giler dekat MilkAdeal dan juga Mydeal. Murah dan berboloi ok tapi kene buat appointment and reservation awal lah sebab selalu jer penuh. Macam biasa aku ke spa bersama member aku cik nana. Layan berdua baru syok sket kot. hehe. 


True Harmony, The Scott Garden

-service bagus
-messagger die best sangat orang indon dan baik
-facial best dan sangat berkesan muka rasa lembut dan cerah gitew after buat facial ye.
-customer service die kureengg sket sebab selalu jer misunderstanding bile nak buat appoinment. *bikin panas hoi!*
-2x kami ke spa ni sebab best dan cepat sangat termakan pujukan bile orang duk promote produk best.haha! first pergi kami gune voucher yang berharga rm45 (body massage,sauna,body scrub, foot spa) pastu second time pergi kami amik pakej mahal sket dalam rm130 kot seorang termasuk semua macam sebelum ni just add on facial. Ambik kau sehari suntuk duk kat spa tu ok.





The Royal Malaysian Tradisional Spa, Sri Hartamas

-customer service bagus dan mesra mudah nak buat appoinment
-tempat cantik dan nyaman gitew
- massager die best tapi tak mesra sebab orang Filipina so die diam je sepanjang 1 jam urut dan aku pon siap lena kot.
- pakej die aku beli guna voucher rm48 termasuk body scrub, massage, foot spa, sauna.
- tempat jauh so aku tak prefer sangat. 
-staff die bagus sebab tak paksa kite untuk beli pakej yang diorang offer so tiada kali kedua di spa ni. hehe :)
-




we olls after spa day. segar rasa satu badan dan muka berseri2 gitew, tak tipu ok sebab hubby aku pon cakap cerah dan lembut kulit ye! hahaha! :)


p/s : if sesiapa yang nak try berjinak2 ke spa ni sangat disarankan untuk membeli voucher yang murah dan best online ye. Groupon,milkAdeal,mydeal,dealmate dan macam-macamlah. Berbaloi ok. Lagi satu kalau dah kahwin ni kene rajin2 pergi spa untuk servis badan lah katakan.*konon* sebab tulah mak2 datin artis2 selalu pergi spa kan memang hasil sangat memuaskan plus layanan tiptop. Ada duit semua boleh jalannnn.hehe :)

*pic credit tu en google.

till then, bye.

Tuesday 7 January 2014

My Review- The Best Korean Drama


Hi, Samekom!

Sejak kahwin dan tinggal di rumah en suami yang ada unifi ni aku banyak menghabiskan masa dengan menonton drama2 korea online dekat maaduu.com atau dramago.com .  Jarang sangat dah tengok tv dan jugak lepak di panggung wayang. Baru berbaloi bayar mahal2 kan.hehe. Memang banyak sangat cerita korea baru-baru yang super best tapi ni ajelah yang dapat aku tengok sepanjang 2013. Cerita nie sume best sangat bagi aku coz sesetengah drama tu bila tengok first episode cam dah boring kan tapi yang ni semua bila korang dah layan first episode mesti nak tengok yang seterusnya hooo. best! Ni list yang aku buat ade dalam 7 drama yang aku rasa the best! Aku ni jenis sume genre aku layan tapi aku paling suke action, crime,school and romance.:)

B
Korean drama fever! Ok, sini aku ade listkan drama-drama latest aku tengok dan  wajib tonton ye. Ada serita lama dan ada yang baru bersama poster watak utama lagi. Biasalah..perempuan kan nak tengok cerita tu best ke tak tengok hero dulu.haha! If nak tengok sinopsis drama-drama ni sila google ye, malas aku nak taip banyak-banyak hokey. hee!


IRIS  *9/10
action, crime and romance


main cast : Lee Byung Hun. oppa gantang! uiks *one of my fav actor since berzaman2*


I MISS U  *9.5/10
action,crime, romance

main cast : Park Yoo Chun.


MAY QUEEN  *8/10
crime and romance

main cast : Song Seung Heon  


SECRET  *9.5/10
crime and romance

main cast : Ji Sung


INNOCENT MAN  *8/10
crime and romance
  
main cast : Song Joong Ki



WHEN A MAN LOVES A WOMAN  *8/10
romance

main cast : Song Seung Heon *x-cast cite Auntum In My Heart, tp skrg makin macho! haha


THE HEIRS  *10/10 (terbaik)
highschool and romance

main cast : Lee Min Ho *fav!!! super cool


till then.chiao

p/s : aku memang hantu cerita korea, dari dulu sampai sekarang even dah bergelar bini orang. Sekarang husband aku pon duk layan sama.haha. If orang tanye aku negara mana nak travel  macam jauh2 sket kan aku akan jawab Korea dan Japan! okay, masuk dalam #mywishlist yang tak tahu lagi bile leh sampai.huhu.


Thursday 2 January 2014

New Chapter 2014

Assalamualaikum..


New Year begins, let us pray that it will be a year with new peace, new happiness, new hopes and more success..

fireworks at Putrajaya on 01 Jan 2014

Having a dinner date with hubby at Upstairs Cafe. Such a really good place to have a dinner and chatting with the loved one. Very cozy and foodies A+ with reasonable price. On that night we chat a lots regarding how we spend our 2013 together from the beginning till we happily married. How time flies. Life is a journey and you are the traveller, what you come across in the journey is your experience.  Thank you Allah for such a wonderful years...Alhamdulillah.



 Best dinner companion ever!

last selfie in 2013.haha ;p




#Wish-list#

1. Be a better muslimah 
2. Learn more and more about family life and how to be a good wifey
3. Nak baby. * am i ready enough?* yes! :) inshaAllah
4. Get a new/ better job
5. Persue Master's Degree
6. Save money
7. Go umrah with hubby
8. Get fit, exercise more and lost weight!
9. Eat healthy!
10. Take a trip

These wish-list just a simple one that i think i can achieve them if i work hard, willing to learn, discipline and more patience. Hope for the besttttt +_-


till then. bye!