CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 9 August 2012

Budaya Ramadhan



Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini dah hari yang ke-20 umat Islam berpuasa. Lagi 10 hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan. Bagi aku kita sepatutnya bersyukur kerana dalam setahun dikurniakan bulan ini dimana bulan untuk beribadat. Jika dilihat dari senario, pada bulan inilah semua orang akan bersungguh-sungguh beribdat pada siang ataupun malam hari kerana pahalanya cukup besar sekali. Di bulan ini juga kita akan lihat begitu ramai orang memenuhi masjid pada setiap malam untuk menunaikan solat sunat terawih, alhamdulillah!

Selain itu di bulan ini juga ramai yang mengambil peluang untuk menutup aurat dengan ke pejabat berbaju yang sopan dan mengenakan hijab/tudung kepala. Tetapi adakah pada bulan ini sahaja perubahan yang drastik ini berlaku? Moga-moga yang melakukan perubahan di bulan yang mulia ini akan dibawa juga ke bulan-bulan seterusnya. Wallahualam~





p/s : Mengejar 10 malam terakhir.. :)


No comments: