CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 17 August 2012

Akhir Ramadhan~Salam Syawal


Salam.

Hari ini dah masuk hari ke-28 umat Islam berpuasa dan lagi 2 hari insyaAllah kita akan menyambut syawal. Di rasakan ramadhan kali ini agak rugi bagiku kerana tak dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini sepenuhnya. Hopefully akan dapat berjumpa lagi di bulan ramadhan tahun hadapan , jika dipanjangkan umur.

Selamat menyambut syawal kepada semua, dan hari ini hari last aku bekerja sebelum bercuti selama 9 hari ok. Syukur alhamdulillah rasa tak sabar nak balik beraya di kampung halaman. Semoga perjalanan balik kampung hari ini dipermudahkan dan selamat sampai. Jalan ke Lebuhraya Karak (laluan ke Pantai Timur)semestinya jammed teruk, tapi seperti tahun2 lalu, keadaan ini adalah biasa bagiku. Yang paling penting banyakkan bersabar. Al maklumlah, balik di saat saat akhir ini menguji kesabaran para pemandu. fuh.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! :)


p/s : Trg, here I come! persiapan raya tahun ini adalah paling simple dan sederhana..Alhamdulillah..

No comments: