CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 31 May 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat.

Tipikal?

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


source : Facebook


F>R>I>E>N>D>S


Hello Tuesday!

Kawan? apakah erti kawan?teman, apakah erti teman? Adakah teman atau kawan ini adalah orang yang setiap masa disisi kamu? mengambilberat masalah kamu,menemani di kala besiar-siar, keluar membeli-belah bersama-sama?

Seorang teman yang baik akan sentiasa cuba menjaga perhubungan antara para temannya sebaik mungkin. bagaimana? adakah perlu hari2 kol bertanya khabar? hari2 perlu hang out sama2?hari2 perlu berbalas sms? TIDAK. yg penting hati..dgn kawan2 tak perlu ader rasa cemburu,hasad dengki,s0mbong..yg penting kite tahu batas2 bagaimana hendak menjadi seorang sahabat yang baik. ;)
aku pun bukanlah sempurna dlm menjalankan tanggungjawab sebagai seorang teman, masing2 ada caranya sendiri bagaimana menghargai teman2 di sekeliling. +_-

mereka teman saya. sejak dulu dulu lagi.




bestfriends~

ppsstt : next week akan pulang ke KL..menghabiskan masa around 3 weeks di sana..macam2 yg hendak dilakukan..m0re activities r waiting! ;)



till then.bye.


Friday 27 May 2011

entry pendek.

Salam.

Seriously, rindu gile nak blogging. macam2 benda nak share kat cni but byk benda yg menghalang.waa.. ok, aku sihat2 ajer di rumah..planning nak p holiday tapi tiada orang yg sudi menemani kecuali cik nana.adus..takkan nak p holiday berdua-duaan je kan..so cancel! mostly kwn2 aku kije n economoney. ;( skunk secara rasminya aku tak jadi nak kije suke2 cari duit poket utk cuti semester kali ni. kenapakah? ayah n mak ckp baik duk rumah jer tlg uruskan rumah,rest2 otak n jadik kerani die.taip surat, print,fax,pos n sebagainya. xpa.aku terima..janji masyukk! hehe. lagipun around June nie dah nak cergas balik KL ader game sampai end of June. Bulan 7 ader hati nak jln2 lagik,,haha..then bulan 8 dah puasa.ha..ader ker org nak amik aku kije camni? Selamat bekerja kepada kwn2 n take care always!


ppsstt : results exam bagi 4 subjects dah kuar..Alhamdulillah..Syukur.. ;)

till then. bye.


Saturday 14 May 2011

mengapa wanita memerlukan lelaki?

Assalamualaikum.

Satu artikel menarik untuk dikongsikan bersama..

happy reading! ;)

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


sumber : iluvislam.com


ppsst : betape indahnya bile tibe cuti sem cam gni bg seorag yg bergelar student bukan..no problems at all..no homework! ;) ;) 2,3 hari ni aku agak busy tlg my parents urus bisnes keluarga.. alhamdulillah..rezeki +..semoga semuanya baik.. ;) *now masa yg paling sesuai utk berbakti kpd kedua orang tua anda.so jgn lepaskan peluang ini.bukan senang nak cuti lame.hee ;p*


till then.salam.

Monday 9 May 2011

study di tepi tasik nan indah.


Salam.

yuhuuu..finally final exam dah berakhir dgn selamat n alhamdulillah..everything went well..;) hopefully will hear a good news soon! so, for last paper cara stadi aku telah aku ubah sket..stadi di tepi tasik ok..nak cari mood la konon..padahal semalam dah xdak mood nak stadi..mood nak packing brg jer yg ada..;) but well..xleh lepas tangan jugak so ptg semalam berjalan2 makan angin, makan2, mengedate,tgkap pics n stadi di Shah Alam. yeah! my fav place..n0 jem at all! tue yg penting! ;)


as usual bile tgh stuck dlm jem nie la xtiviti wajib noh! ;p federal highway..besela tu od..





yeah, he got bored while waiting me to finish my reading..s0, a few pics skodeng terhasil..haha..*skodeng xsemestinya pic2 xelok kan* haha


i'm done. selesai sudah perjuangan untuk semester ini..sem depan bulan 9 aku akan masuk tahun 3 suda!! semester 5 yaww!


ppsstt : byk giler bajus n brg2 yg nak kene pack..rase cam nak let go jer baju2 yg dah xmuat n xpakai kerana tumbesaran bdn yg mengejut secara tibe2.haha.serabut byk2 buat penuh almari jew.nantila..if rajin aku tgkap pics bajus sume n let go dgn harga murah2 yep..wait yaaa! owh, this Wednesday mau berangkat pulang ke kampung halaman suda. just for a few weeks n 28 May wil come back to UM for MASUM training..ggrrhh.


till then.bye.

Sunday 8 May 2011

mommy..


Selamat Hari Ibu..


Dear mom
,

I know I may not show all of my love for you, but Mom I love you so very much..n thank you for bringing me into this world..u r My Everything!

a little bit about my mom..
ok, she loves to travel,she loves sports n also shopping..n same goes to me..;) garang,tegas n serious..thats my mom! she loves her job so much..n i know it. love u Pn Napisah Ahmad..;)



pssttt : tomorrow wil b my last paper for final exam..study?done..so today is Sunday! semalam sepanjang hari mentelaah buku n cite korea.haha. arini mesti keluar jalan2! actually today me n him should go to PD..family day..but it was canceled at the last minutes by us.haa..it bec0mes tough lately..i love to spend my money on food,shoes n clothes rather than minyak n tol! kuang2..


ok,daa..



Monday 2 May 2011

hello May.

assalamualaikum.

just a quick update fr0m me. t0morrow wil b my first paper. n segalanya akan bermula esok.. starting from tomorrow..i got five paper straight ok.

3 may- SPORT PSYCHOLOGY II
4 may -QUANTITATIVE ANALYSIS IN SPORT
4 May- RISK MANAGEMENT IN SPORT
5 May- APPLIED SPORT PSYCHOLOGY
6 May -PUBLIC RELATION, FUNDS AND PROMOTION

n the last paper wil b on 9 May - LEGAL ASPECTS IN SPORT

so, mayb will take a break from updating this blog about a week. MAY BE* ;)
busy mengulangkaji pelajaran la k0non kan..hehe


ppsstt ; just arrived from Malacca yesterday.a short trip.tired,but really enjoyed!


till then. bye.