CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 22 July 2013

Mutiara Ramadhan : Antara amalan-amalan penghapus dosa di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..


Di bulan suci Ramadhan yang penuh berkah ini, Allah Ta’ala melimpahkan ampunan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Ampunan tersebut tidak diberikan secara gratis. Ampunan tersebut bisa diraih hamba-hamba Allah selama mereka mau mengikuti petunjuk yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya.


Petunjuk Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan bahwa ampunan Allah akan turun saat seorang hamba yang beriman melaksanakan amalana-amalan khusus, dengan penuh keikhlasan dan sesuai tuntunan syariat Islam.

Di antara amalan-amalan khusus tersebut adalah:

1. Taubat nashuha, yaitu taubat yang sungguh-sungguh dan tulus.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kalian kepada Allah dengan taubat nashuha, niscaya Rabb kalian akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (QS. At-Tahrim [66]: 8)

2. Berwudhu sesuai dengan tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam.

«مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

Barangsiapa berwudhu seperti wudhuku ini, lalu ia shalat dua raka’at (dengan khusyu’) tanpa berbicara dengan dirinya sendiri (memikirkan hal selain shalat, edt), niscaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. (HR. Bukhari no. 159 dan Muslim no. 226)

«مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ، حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ»

Barangsiapa berwudhu dan memperbagus wudhunya, niscaya dosa-dosanya akan keluar dari tubuhnya, sampai keluar dari bawah kuku-kukunya. (HR. Muslim no. 245)

3. Memperbanyak langkah ke masjid untuk menunaikan shalat berjama’ah dan ibadah-ibadah lainnya.

4. Menunggu datangnya shalat berikutnya seusai melaksanakan shalat.

«أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللهُ بِهِ الْخَطَايَا، وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ؟» قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: «إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ، وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ»

“Maukah aku tunjukkan kepada kalian hal-hal yang dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa dan meninggikan derajat?” Para sahabat menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda: “Menyempurnakan wudhu atas hal-hal yang tidak disukai (cuaca dingin, kondisi sakit, edt), banyak melangkahkan kaki ke masjid dan menunggu shalat usai shalat. Itulah yang disebut ribath. (HR. Muslim no. 251)

5. Membaca doa setelah adzan.

«مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ»

Barangsiapa membaca doa berikut ini seusai mendengarkan adzan:



أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا

“Aku bersaksi bahwa tiada Ilah Yang berhak diibadahi selain Allah, Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku telah ridha Allah sebagai Rabbku, Muhammad sebagai rasulku dan Islam sebagai dienku“

niscaya dosa-dosanya diampuni. (HR. Muslim no. 386)

6. Melaksanakan shalat wajib lima waktu

” أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا، مَا تَقُولُ: ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ ” قَالُوا: لاَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا، قَالَ: «فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الخَمْسِ، يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الخَطَايَا»

“Bagaimana pendapat kalian apabila ada sebuah sungai di depan pintu rumah salah seorang di antara kalian, sehingga ia mandi di sunagi tersebut lima kali setiap harinya. Apakah hal itu masih menyisakan daki pada dirinya?” Para sahabat menjawab: “Tidak akan meninggalkan sedikit pun daki pada dirinya.” Beliau bersabda: Demikian itulah perumpamaan shalat wajib lima waktu, dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa. (HR. Bukhari no. 528 dan Muslim no. 667)

7. Shalat berjama’ah di masjid

«مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوبَهُ»

Barangsiapa berwudhu dengan sempurna untuk melaksanakan shalat, kemudian ia berjalan kaki menuju shalat wajib, sehingga ia melaksanakan shalat wajib tersebut bersama masyarakat, ata berjama’ah, atau di masjid, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya. (HR. Muslim no. 232)

8. Melaksanakan shalat Jum’at

«الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ»

Shalat wajib lima waktu, shalat Jum’at ke shalat Jum’at berikutnya, dan puasa Ramadhan ke puasa Ramadhan berikutnya akan menghapuskan dosa-dosa di antara kedua waktu tersebut, selama ia menjauhi dosa-dosa besar. (HR. Muslim no. 233)

9. Melaksanakan shaum (puasa) Ramadhan

«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan pahala di sisi Allah, niscaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. (HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760)

10. Melaksanakan qiyam Ramadhan (shalat tarawih dan witir)

«مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

Barangsiapa melakukan shalat malam Ramadhan (tarawih dan witir) karena keimanan dan mengharapkan pahala di sisi Allah, niscaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. (HR. Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759)

11. Melaksanakan qiyam Ramadhan (shalat tarawih dan witir) pada malam lailatul qadar

«مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

Barangsiapa melakukan shalat malam (tarawih dan witir) pada malam lailatul qadar karena keimanan dan mengharapkan pahala di sisi Allah, niscaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. (HR. Bukhari no. 2014 dan Muslim no. 760)

Inilah sebagian kecil amal shalih yang bisa menghapuskan dosa-dosa kita di bulan Ramadhan. Wallahu a’lam bish-shawab.

sumber : arrahmah.com





Wednesday 17 July 2013

The best experience ever-Umrah 2013

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang untuk update jugak pasal perjalanan umrah aku bersama keluarga tempoh hari. Entri ini mungkin akan megandungi banyak gambar sebab aku malas nak menaip banyak2 gitu. Dalam entri ni aku akan bercerita dengan agak detail la kot. :)

Syukur sangat2 kerana di usia yang masih muda ni diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Walaupun hanya seketika tapi pengalaman tu sangat berharga dan sehingga di saat ini masih terasa. Aku bukan lahir daripada keluarga yang kaya raya mampu ke sana setiap tahun, tapi cukuplah sekadar rezeki yang ada membuatkan my parents boleh bawa kami 2 beradik ni ke sana. Berbekalkan sedikit wang simpanan kami sejak kecil (Tabung Haji) dan sponsored by pama berjaya jugak aku jejakkan kaki di Tanah Haram itu.

FYI, my dad tak pergi, so yang ke sana hanya aku, my brother dan my mom. Kami ke sana dalam 14 hari termasuk perjalanan yang mengambil masa agak lama. 25 May naek flight Saudi Arabia from KLIA direct trus ke Madinah. If korang nak ziarah Mesir or Abu Dhabi dulu pon boleh so trip akan jadi dalam 16-20 hari dan boleh take Emirates flight. Macam kami, tak ke sana sebab kekangan masa al maklumlah ikot jadual adek aku, cikgu takleh cuti lama2. Terpaksa ikot waktu cuti sekolah. Kami ke sana dengan pakej Rayhar Travel. Mudah amik pakej sebab semua urusan diorang akan setelkan dari awal hingga akhir, just bayaran tu mahal sedikitlah. Pakej yang aku pergi tempoh hari seorang dalam RM8k. Agak mahal sedkit coz kami pilih untuk stay hotel yang dekat dengan Masjidilharam which is 5star hotel la kalu ikotkan. Tapi korang jangan rasa nak 5star sangatlah coz hotel 5star kat sana ibarat 4star je kat Malaysia ni. 

At first, kami singgah menziarah Kota Madinah dulu. Masa kat Madinah kami stay dalam 4 hari 3 malam. Setiap waktu akan sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi. Dan kalau nak beli belah dan sebagainya bagi kau Madinah is the best place. Barang2 murah dan makanan pon still boleh telan lagi. Masjid Nabawi merupakan masjid nabi dan bila kat sana kita akan di bawa menziarahi makam nabi, melawat tempat2 bersejarah di Kota Madinah. Cuaca masa aku pergi teramat panas suhu kira2 dalam 40darjah waktu tengahari. 

Selepas semua selesai di Madinah kami ke Makkah menaiki bas. Perjalanan mengambil masa kira2 6-8 jam. Masa tu dah rasa excited campur berdebar sebab umrah dah bermula. Untuk makuman, suhu di kota Makkah lagi panas ketika itu berbanding di Madinah, so memang kene kuatlah mental dan fizikal masa di sana. Bila jejak je kaki di Kota Makkah dalam kepala ni memang tak pikir apa dah just niat untuk beribadat. Rasa rugi kalau tak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Yela, bukan senang nak ke sana kan. So, alhamdulillah kami 3 beranak berjaya melakukan ibadah  umrah sebanyak 4 kali.

Ni aku senaraikan beberapa keperluan yang perlu dibawa semasamengerjakan umrah :
1. stoking (4 pasang) - untuk sembahyang
2. sarung kaki (2 pasang)
3. Kain telekung (3 pasang)
4. Jubah/maxi dress (2 helai)
5. Pakaian kasualj/ubah seluar (2 pasang)
6. Mini telekung/ tudung readymade (2 helai)
7. Flat shoes (1)
8. selipar sarung (1)



ni pic masa kami kat KLIA sebelum berlepas


Masjid Nabawi with mom

time ni kami jalan2 sekitar masjid nabawi after subuh





 dalam Masjid Nabawi

 sedang menunggu untuk check-in @ Makkah


my bro n mom after saie (berulang alik sebanyak 7x dr Bukit Safa ke Bukit Marwah)


view depan masjidilharam Clock Tower


 terpaksa pakai niqab? kami gune ni untuk cover daripada habuk bagai



aku ambik gambar ni after solat isyak, nice view! rindu teramat!


breakfast at hotel



me at Jabal Rahmah (tempat berdoa utk jodoh)



at Marwah after bercukur/bergunting rambut


us! *hugs*


subuh terakhir di Masjidilharam, time ni kami buat tawaf sunat










di Kota Makkah mostly barang makanan memang mahal, harga nasi around 15-30 riyal dan ini adalah ais krim yang paling sedap dan paling murah 5riyal!


time ni aku sorang2 ke masjidilharam, muhasabah diri sambil memndang kaabah sebelum masuk waktu solat subuh. Sehari sebelom nak tinggalkan Kota Makkah. Sebak sangat masa ni. Mata bengkak xleh blah.hehe


Ok, ni kat Jeddah Airport, masa sampai je kat cni aku rasa proud gile to be Malaysian coz We have KLIA!!

Terengganu Airport, finally arrived.

Sampai setakat ni jela kot yang dapat aku share, pics banyak lagi tapi macam over sangat kalau upload byk2 kan. Cukuplah ini untuk tatapan kalian, semoga bila tengok pics ni para sahabat di luar sana rasa makin membuak2 untuk menjadi tetamu Allah. InshaAllah jika diberi kesihatan yang baik dan ade rezeki lebih akan ke sana lagi bersama keluarga dan mungkin membawa En Suami sekali, inshaAllah. Nak tunggu turn haji lambat lagi kot masa aku daftar tahun lepas giliran aku tahun 2030 kot??fuh.

Sekian, salam.

p/s : dah setel satu entri yang tertangguh, ok tggal lagi satu kot..my wedding! stay tunedddd +_-

Ramadhan 2013


Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana dapat bertemu kembali di bulan yang mulia dan cukup indah ini. Syukur di beri peluang untuk meneruskan hidup dan menambahkan amalan yang mana kurang. Hari ini dah masuk hari ke-8 umat Islam berpuasa dan Ramadhan kali ini sangat berbeza bagi aku al maklumlah pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri. Suasana memang lain sangat, apa yang lain ye? Sesiapa yang first time tahulah apa yang lainnya.

Waktu sahur mestilah menjadi orang yang paling awal bangun kerana perlu sediakan juadah sahur. Macam aku stay dengan adik ipar skali so buat pape mesti kene lebihla. Bukan makan berdua makan bertiga katakan. Masa bujang tak ksah la kan nak makan apa, perut sendiri tapi sekarang sebab ada rasa tanggungjawab tu so kene rajinkan diri masuk dapur. At first memang aku kekok gila, bukan tak biasa masuk dapur tapi sebab dah lama sangat tak masuk dapur kot. Bujang senang makan kat kedai or tapau jer. Menu first yang aku masak masa Ramadhan pertama adalah spagetti. Memandangkan ini adalah makanan favourite aku so kacang jelah aku masak dan sekejap je dah siap. Fuh, dah selamat hari pertama.hehe.

Dan hari2 seterusnya aku cuba pelbagai jenis masakan yang biasa aku masak masa kat kampung so mudah la. Tak pun aku google je kat internet tengok resepi2.  Alhamdulillah suami aku jenis tak banyak kerenah, makan je semua tak memilih kecuali budu dan masakan pedas2. Sekarang jadi bertambah rajin nak masak sebab bila masak je tak ksahlah pape pon kan, sure habis punye. Happy kot!

Rutin aku setiap hari sekarang, bangun seawal jam 4.15 am sediakan apa yang patut untuk juadah sahur, kemudian lepas sahur lepak tengok tv jap sementara tungggu waktu subuh. Kemudiaan after subuh lena sekejap jam 7.30am bangun bersiap untuk pergi kerja. Balik kerja around 5.30pm dah sampai rumah, solat dan terus masuk dapur untuk masak juadah berbuka puasa. Malam harinya kalau tak penat aku turun pergi terawih surau kat bawah rumah je. Untuk makluman sekarang aku dah tak drive pergi kerja, rempit je dengan en suami. hehe. Setiap ghari ada orang hantar dan ambik dari office, fuh lega rasa tak yah nak bersesak dalam jammed. heh

Okla, this weekend ni turn untuk berbuka puasa dengan my family di Terengganu. Owh, jangan buat2 lupe, dah kahwin ni kene plan dan berbincangg ye nak balik kampung mana sebab sekarang dah ada 2 kampung! :) Next weekend giliran rumah mertua pulak. Baru adil gitu, then plan raya sebelah  mana dulu ye? hehe..yang tu dah bincang awal2, sebelum kahwin lagi.haha.

Selamat berpuasa semua! mintak maaf andai ada salah silap terlanjur bicara ye! marilah kita sama2 memanfaatkan bulan yang mulia ini. :)

ok.Bye

p/s : syukur majlis perkahwinan tempoh hari berjalan lancar seperti yang dirancang. If ade masa dan rajin sket nanti aku akan buat entry pasal umrah dan majlis kahwin aku pulak ye. Sila bersabar sebab tuan belog busy menjalankan tangggungjawab so masa untuk berbelog ni dah kurang sket. lol.