CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 6 April 2013

Jakarta-Bandung Trip

Assalamualaikum.

Hello April! Alhmdulillah, sekarang dah masuk bulan 4 bagi tahun 2013. Sekejap je rasanya masa berlalu dan sudah 6 bulan aku meninggalkan dunia kampus dan menceburkan diri dalam dunia pekerjaan. Syukur, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

Ok, merujuk kepada aku punya entry title malam ni so aku akan cerita sedikit sebanyak pengalaman masa aku ke Indonesia last week. Ini merupakan first trip aku ke sana bersama my family dan En Aiman. Dengan tujuan ingin memborong apa jua barangan yang murah dari segi textiles mahupun apa sahaja, janji murah dan useful. Kami ke sana selama 4 hari 3 malam da seriously takkan pergi lagi time school holiday. Pertama sebab suasana tempat shopping yang crowded plus hotel mahal dan fully booked. Sila take note dimana bukan kat Bandung yang cuti sekolah tapi kat Malaysia cuti sekolah tapi kat Indonesia plak ramai rakyat Msia. Seronok kot pergi Indon dapatla merasa title as jutawan muda sekejap.haha

Aku ke sana via Malaysia Airlines so we all landed at Jakarta Airport. So dari Jakarta ke Bandung lebih kurang 3 jam perjalanan if jalan sesak. (Jakarta selalu jammed ok!) Next time if korang nak ke Bandung better naik Airasia sebab Airasia ade route ke Bandung so korang tak perlu membuang masa dan gunakan masa itu untuk shopping je!Factory Outlet,Cihampelas Walk, Pasar Baru dan Toko Tiga antara beberapa tempat yang sempat aku kunjungi. Bagi perempuan Pasar Baru tu memang tempat terbaikla untuk beli belah. Apa yang korang nak ada di sana. Pasar Baru tu aku tak pasti berapa tingkat but more than 5 la pusing 2 hari pon xcukup. The best thing kain2 ela seperti chiffon, lace, satin,cotton, sulam dan macam2 memang murah compare kat Msia. Pe lagik, borong jela sume kan.haha. My mum dah rambang mata duk pilih telekung kain dan sebagainya. Aku pulak dah macam penat sangat so beli apa yang wajib je. French lace kat sana sumpah murah nak dibandingkan kat Jakel yang cekik darah tu.huh. Range harga bawah rm100 per meter. Aku rembatla ape yang patut untuk my wedding preparation, main belasah jela  material pe sebab aku ni tak mahir sangat bab2 beli kain ni.

Next, Toko Tiga memang tempat peberet kaun adam di mana kat sana memang banyak jeans pelbagai jenama yang dijual dan yang paling femes for sure Levis dan banyak lagi. Harga? Ada yang murah ade jugak lebih kurang harga kat Malaysia. Kat sana adek aku la yang paling sakan borong, sekali beli 3 helai terus sebab kata die murah. Aku just rembat sehelai jeans Levis new arrival punya okay.Price? dalam rm200 je kot.haha. Since dah lama aku tak beli jeans baru so angkat jela sehelai dan harga Levis new arrival kat Toko Tiga nie memang murah sangat, kalau kat Msia jangan harap nak dapat jeans cantik sedap range rm250 ke bawah but kat sini yes, u can have it!But korang kene pilih betul2 coz mostly kat Indon nie jeans perempuan cutting skinny je banyak, nasib cutting slim fit ade jugak even 2 warna je, tak banyak choice.

Cihampelas Walk pon best untuk shopping, tapi bagi aku kat sana banyak produk made in Bandung iaitu peroduk tempatan. Kualiti boleh tahan dan harga pon not bad. Semua murah dan mampu milik. Nak cari souvenir pon banyak kat sana. BIla dah sampai kat Cihampelas sila kunjungi Cihampelas Mall yang super duper cantik and relax gile. Kat Msia nie xde kot shopping mall macam nie setahu aku la. Reka bentuk yang menarik dan moden. After ke Cihampelas kami ke Factiry Outlet, factory outlet yang aku pergi Heritage jer dan boleh tahanla, sume baju Zara, AX, Burberry korang boleh dapat kat situ. Harga? confirm korang mampu beli berhelai-helai.

Tempat yang tak sempat kami berkunjung ialah tempat2 pelancongan seperti Tangkubang Perahu, Strawberry Farm, Kolam Air panas dan Rumah MODE. For me, aku akan ke sana lagi untuk jelajah sume tempat dan borong ape yang tak sempat tempoh hari. Bandung, Paris Van Java! Shopping heaven, betullah orang cakap. Jakarta plak macam KL je aku tengok, banyak bangunan tinggi dan moden, golongan kaya raya yang pakai kereta besar2 dan cara hidup yang high class gitew. Tapi kat Indon nie rakyatnya tak kira usia bekerja sendiri cari duit poket dan kat sana mengamalkan budaya memberi tips ye, yang ni sila take note if nak berkunjung ke sana. Sila tukar duit kecil siap2 so mudah urusan nanti.

Jom layan pic yang diambil using my handphone je. Camera xsempat nak guna sebab masing2 syok membeli je dan penat nak bergambar banyak2 kecuali adek aku yang gile posing.huh!







my adek, me n my man +_- 


3 of us. My dad tak follow kerana menjaga rumah dan our bisnes. :p

our supir,bapak Ucop


Jakarta Airport



 KLIA~safely arrived. Yes, kami akan ke sana lagi if berpeluang!inshaAllah. 



p.s : Thanks mum for everything! Love u lottsss. I already start working at new place and it's too bad to talk i think. haha. Will story later regarding my new job.Stay tuned...

Ok, bye.