CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 25 September 2013

Eid Mubarak 2013


Assalamualaikum.

#throwback

Pertama kali raya sebagai seorang isteri. Alhamdulillah. Raya pertama dan kedua di kampung halamanku di Terengganu dengan izin encik suami dan juga dengan kerelaan hati en suami gitew. Raya kedua petang kami gerak balik ke Alor Setar dengan menempuh jammed yang teruk di Kelantan( Lebuhraya Timur Barat/Grik). Dan tidak dapat dielak lagi kami akan menempuh keindahan jammed sebegini setiap tahun okay. Kami redha :) 

Raya tahun ni semua balik beraya di Terengganu pada raya pertama, so meriah lah kan. Macam2 aktiviti malam raya dapat dilakukan dengan jayanya.hehe. Macam biasa favourite aku setiap kali raya adalah pasang pelita. Awal2 lagi tugas pasang pelita sekeliling rumah my mom dah serah pada aku. Dari kecik sampai dah jadi bini orang still same, nak jugak main pelita malam raya. hehe. 

Yang paling tak best baju raya aku tak sempat siap. So pakai jelah mana yang ada. Sedih gile bila aku dapat sms from my tailor, die cakap baju raya aku yang 3 pasang tu tak sempat siap okay,  3pasang!! sentap sekejap then cepat2 ajak en suami ke mydin mall beli baju raya. En suami cakap beli sepasang cukup. Okay, fine sepasang je beli baru. Raya pertama aku pakai baju sedondon dengan husband, peplum? erm aku pon tak pasti. Ramai yang tanya mana aku tempah baju tu, okay meh aku nak story sket. 

Sebenarnya baju itu aku tempah untuk pakai masa outdoor photoshoot untuk wedding aku di Terengganu, tetapi alangkah kecewanya apabila husband aku tertinggal baju melayu die tu kat Alor Setar. So, memang tak jadilah kiteorang nak pergi bergambo outdoor ye, then husband cakap kite pakai raya jelah baju tu, ggrrrrrhh, fine! Lastly, pakai masa raya pertama nasib baju tu simple je so sesuai pakai di mana sahaja dan tak kira majlis. hehe. Dan sebenarnya shawl yang aku pakai itu sebenarnya adalah veil okay, halfmoon veil...best plak dapat pakai as shawl..terletak elok dan labuh gitew. Baju dan veil tu aku tempah kat sorang tailor kat FB. Online sudah..nasib ngam2 dan selesa. Material kain dan veil aku beli kat Bandung tempoh hari. Dahla harga murah berbaloi2 ramai plak puji lawo.hehe. :)

07 Ogos 2013





couple <3 p="">

Sekian. bye



p/s : The most sincere  feelings are the hardest to be expressed by words. +_-

No comments: