Alhamdulillah syukur kerana masih bernafas di bumi yang indah ini. Bulan ini iaitu Oktober, genaplah setahun aku bergelar fresh graduate. Masih fresh lagikah kalau dah setahun?hehe. Terasa baru semalam aku konvo, start kehidupan baru yang serba mencabar, hidup berdikari di tempat yang tak begitu asing bagi aku. Indahnya pengalaman di zaman bergelar student, di zaman remaja, anak dara, zaman berkasih bagai..fuh. Sekejap je masa berlalu.
Sepanjang setahun selepas aku grad, sempatlah aku pergi exam untuk masuk sektor government ni sebanyak 2kali. Al maklumlah kalau anda nak masuk sektor awam as gred 41 anda perlu lepas exam dulu ye. Exam yang pertama aku pergi adalah untuk PTD M41. Kelas ko, sebut je PTD semua orang cam nak bangga, nak cakap besaw gitew. Padahal ramai je yang dapat amik exam tu, yang lepas exam tu aku tak taw lah berapa orang tapi yang pasti aku tak lepas pon exam tu.haha. Last month lagi sekali aku pergi exam untuk jawatan gred 41 iaitu Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan). Result next month keluar tapi aku dapat rasakan sama je ngan sebelum ni. urm. Persiapan dibuat dengan agak bersungguh2 tapi soalan memang sangat tidak dijangka. Penat aku nak menembak bagi Kertas 1 tu okay! Nanti kalau rajin aku buat special entry untuk exam2 yang aku pergi tu skali dengan tips aku kasi sebab aku google untuk jawatan tu tak banyak info pon dapat, semua kedekut nak share.huh.
Aku jugak ade menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27, jawatan ni apply under diploma jer so tak perlu nak exam bagai, terus je pergi interview kalau berjaya terus masuk kerja. Best kot tapi gaji xdela tinggi macam gred 41 kan tapi ade korang kesah yang penting korang kerja kerajaan. Layan jer, tak yah nak demand sangat. Jawatan gred N27 ni pon terbanyak sangatlah persaingannya. Dengan bidang diploma yang aku ada sekarang dah sah2 aku calon yang tercorok, kurenggg dengan kelayakan yang depa nak, tapi apesal panggil gak aku pergi iv? haish! Takpe aku anggap satu pengalaman untuk yang akan datang. :)
Ramai yang nak jadi penjawat awam zaman sekarang, kenape? Ada yang bertahun2 tunggu baru dapat panggilan temuduga, exam dan sebagainya. Sebenarnya banyak kelebihan bile kite kerja dengan kerajaan ni, terutamaanya senang nak buat hutang/pinjaman.hehe. Hutang rumah, kereta, peribadi dan macam2 lah. Dan yang paling penting ada pencen. :) Ramai jugak orang tak berminat nak join government ni, sebab? kata mereka gaji murah..compare dengan kerja swasta memang berkali ganda lebih la kan, papepun bagi aku itu semua rezeki, kalau dah ditetapkan rezeki banyak tu je kite kene redha lah. InshaAllah akan sentiasa cukup. :)
Baru-baru ni aku dikhabarkan berita gembira dimana 2 orang kawan baik aku berjaya dalam temuduga untuk jawatan kerajaan ni, alhamdulillah. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya rezeki berpihak kepada mereka. Salah seorang daripada cousin aku pon inshaAllah akan menyusul kemudian. Tahniah kepada mereka dan aku harap diorang dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat gitew. huhu.
Aku pulak masih berkerja di sektor swasta hampir setahun sejak grad tahun lepas. Alhamdulillah, setiap pengalaman yang aku kutip ni begitu berharga okay. Even tempat kerja aku sekarang merupakan my second job, so far okla..aku enjoy dan kerja pon relax jer takde stress macam kerja sebelum ni. Setiap Rabu petang ada ladies futsal lagi yeee, tang tu paling syok!haha. Al maklumlah sejak habis study ni dah kurang sangat berpeluh, badan pon tak fit macam dulu dah,haish! risau aku. Sekarang aku sedang berusaha untuk jalani rutin macam dulu2, everyday sweating! :)
Kepada rakan2 atau sesipa sahaja yang masih mencari kerjaya yang sesuai untuk diri sendiri just teruskan usaha anda. Even anda ada degree or master sekalipun jangan cepat berasa gah dengan apa yang dimiliki coz sesetengah tempat, urm mostly tempat kerja sekarang kalau korang pergi iv yang utama sekali diorang akan tanya adalah pengalaman bekerja anda. So, kalau boleh janagn selalu sangat bertukar tempat kerja, stay dulu selagi mana mampu kerana ia akan mencacatkan resume anda nanti. Kalau rezeki anda di sektor swasta, teruskan bekerja dengan berhemah sementara nak ke jawatan tetap, setahu aku kerja swasta gaji mahal kan, so bolehlah menabung sket2 untuk masa depan dan bantu keluarga. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. ceewahh. hehe.
sekian,bai.
p/s : Syukur, dah 3 bulan lebih aku bergelar isteri orang rupanya..banyak benda yang aku tak tahu dan perlu belajar lagi. Sekarang dah xleh nak bermalasan macam dulu2, tanggungjawab dah bertambah dan xleh buat cincai je ye. Yang penting banyakkan bersabar dan kene rajin belajar. Sekarang aku dah makin terer sket memasak, berkat usaha belajar resepi dari internet jer.hehe. Nasib laki aku jenis tak banyak songeh sangat, melantak je apa yang ade. :p
1 comment:
yup..dan sebanarnya apa yang kita dapat adalah yang terrrrbaik untuk kita...
walaupon orang tak suka..itulah hakikat kita..:)
Post a Comment