CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 15 September 2013

My Wedding Part 2 : Majlis Kesyukuran


Salam.

Majlis resepsi/ kenduri kendara/makan gulai/kenduri sebelah pihak perempuan. Macam-macam nama ada kan. Nama ini mengikut berbagai-bagai tempat, kalau orang KL atau orang bandar diorang sebut solemnization/resepsi dan macam bagai nama yang glemer gitu. Kalu kat kampung kiteorang sebut makang gulai (orang Terengganu), ada jugak yang panggil sebagai 'majlis bekwoh'. Papepun ianya adalah majlis walimatulurus di mana untuk memberitahu kepada umum tentang pasangan yang baru dikahwinkan dan menjamu orang ramai. 

Majlis kahwin kat kampung memang meriah, acara memasak diadakan secara gotong royong dibantu oleh jiran-jiran dan saudara mara. Tak perlu nak membazir duit upah katering bagai. :) Semasa buat persiapan kahwin, my mom dah bagitaw siap-siap, majlis kenduri nanti takyah lebihkan pelamin, nak bergambar bagai, beri tumpuan kepada tetamu yang hadir ( sila raikan tetamu yang datang majlis anda). So tumpuan dilebihkan kepada makanan/lauk pauk yang akan dihidangkan kepada para tetamu. Bak kata my mom, biar orang datang makan puas hati, al maklumlah yang datang dari pelbagai tempat, jauh plak kan so biarlah mereka datang dan pulang dengan  perut kenyang dan puas hati. 

Pengurusan tempat pada hari tu aku serahkan sepenuhnya kepada my mom. Aku hanya tetapkan warna tema untuk dekorasi khemah iaitu warna kuning+silver. Tapi bila dah siap pasang khemah tetibe ade plak warna pink bagai. Haha. Kanopi, meja dan segala hiasan semua tu disediakn oleh my cousin yang sememangnya menyediakan khidmat sewa kanopi dan lain-lain. My mom decide untuk gunakan semua meja bulat untuk tetamu yang hadir, sesetengah orang hanya pihak lelaki sahaja yang desediakan tempat special, for us biar semua sama, untuk orang kampung memang kami sedia meja bulat ala2 kat hotel tu even majlis buat kan rumah je pon. hehe. Apa yang penting keselesaan para tetamu.

Overall, majlis berjalan dengan lancar walaupun pada hari tu memang cuaca panas sangat. Aku rasa gembira sebab dapat jumpa kawan2 lama, terima kasih kepada yang datang terutama kawan2 satu universiti zaman diploma dulu, Zue,Qid,Intaq,Ummu Liya dan of course my geng Tiha,Dini, Yana,Ummu,Shaima yang banyak membantu sepanjang majlis berlangsung. Terharu ye bila kawan2 sudi datang dari jauh, al maklumlah rumah aku tu kawasan hulu sket jauh, daripada bandar Kuala Terengganu dalam 40 minit ye. Dapat jugak diorang cari rumah. :) 

Last but not least, terima kasih tak terhingga kepada keluarga terutama mak, ayah yang banyak support majlis ini. Boleh dikatakan 100% perbelanjaan majlis ditanggung oleh my parents. Kenduri tersebuat dibuat sebagai kenduri kesyukuran dan kenduri arwah skali untuk my grandparents (Al-fatihah). My mom cakap sememangnya tugas ibu bapa untuk mengadakan majlis sempena perkahwinan anak mereka. Yeke? kalau macam tu alhamdulillah.  Duit simpanan aku hanya aku gunakan untuk membeli barangan hantaran, baju nikah, sewaan pelamin dan sebagainya. Serius, memang aku sangat berjimat cermat on that time. Semua simple2 je termasuk barangan hantaran takde yang branded bagai. haha. Itulah bila kahwin duit cukup2 je. hehe. Al maklumlah kalau kat Terengganu ni mostly duit hanataran iaitu duit hadiah daripada pihak lelaki hanya kita akan terima pada malam akad nikah itu secara cash ye. So malam tu baru aku lega sket, rasa kaya sekejap.hahaha! Duit tu untuk simpanan masa depan pengantin perempuan ye. :) untung jadi perempuan. Syukur.

~Majlis Kesyukuran~
22 Jun 2013



kak syida kesayangan!


 teman-teman~









Le familia










sekian

p/s: sorry kamera cap lumix je.(malas nak edit) Gambo dr photograper sampai skrg blom terima lagi!fuh. Tema majlis kuning+silver, aku pilih kuning sebab aku berkenan dress tu so layan jela.hee :) next will update majlis bertandang di Alor Setar. -_-

No comments: