CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 17 September 2013

SNF- Track Day


 Salam.

Rekod terbaik sepanjang tahun ni. 3 hari berturut-turut aku update blog ni. Bila mood rajin tengah 'on' macam ni lah berderet-deret entry nak buat. hee. Tamat sudah cerita pasal kahwin yang 3 bulan lepas, so sekarang aku akan update cerita-cerita semasa pulak kalau keadaan mengizinkan. Semalam after tengok movie kat lappy aku pon saja mengimbau kenangan sekejap. Usyar post2 aku yang lama 2,3 tahun lepas masa awal2 create blog. Hubby pon joinla usyar skali. Rasa nak tergelak pon ade masa baca post2 lama. Ayat tak leh blah, tapi yang paling best bila tengok gambar2 lama yang aku post.

 Dulu zaman belajar memang aku rajin sangat update blog, masa free banyak sangat katakan. Nak buat report or assigment bukak blog dulu.hehe. For me blog ni dah macam diari harian aku, so setiap aktiviti yang aku buat aku akan abadikan dalam blog, time bosan2 boleh imbas kembali kan, tergelak kami berdua bila tengok gambar zaman muda2 dulu. Masa gemok, masa kurus, muka comot, muka tembam..semua adalah.haha. Nasib baik sepanjang blog ni wujud boyfriend aku hanya sorang dan juga orang yang sama, kalau tak alamak terkantoilah malam tadi. Mau sorang tido atas sorang tido bawah. haha. :p

Event : Saturday Night Fever
Date : 7 Sept 2013
Venue : Sepang International Circuit

Selain minat main bola, hubby aku juga kaki kereta, everything pasal kereta memang dia minat dan aku pon terjebak sama. Kami memang gile motorsports like drif, drag and ini yang latest. One of his dream is want to be a racer. So last weekend, aku join hubby dan adek aku ke Litar Sepang untuk SNF. Event start jam 6-9 pm. Kami just masuk sebuah kereta iaitu kereta adek aku, bayaran around  Rm260 untuk sebuah kereta, murah gile kot. Tapi tak main full litarlah just half. Adek aku tak berani lagi nak bawak dalam track, so hubby lah jadi joki on that day. For us ini hanya permulaan, inshAllah in future we will build another race car yang memang untuk main race sahaja. Kereta nak masuk mesti power gile kan, nama jugak main kat Sepang. Kereta adek aku ni dah upgrade banyak benda especially R3 punya parts. Tapi still tak tiptop lagi lah. Baru nak berjinak2, nak main kereta ni kena ada fulus banyak so kene betul2 financial masyuk baru boleh kaw2 punye. huh














yes, itu aku. Ini adalah pertama kali aku berani duk sebelah, sebelum2 ni memang takde keberanian tu.huhu. Kalau main track macam ni aku still berani, kalau drift memang aku angkat bendera putih awal2. :p


Ok, sekian. +_-



No comments: