CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 3 December 2011

Solat Istikharah

Actually ramai yang berfikiran bahawa solat istikharah ni just untuk orang membuat pilihan berkaitan jodoh..tak betul tu..banyak jer perkara lain yang kita perlu buat solat istikharah b4 membuat/ambik sesuatu keputusan..

Solat Istikharah - Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

cara2 :

1. Waktu terbaik ialah 2/3 malam iaitu sekitar pukul 2 pagi. Bagaimana pun still boleh lakukan pd bila2 masa dlm masa yg diharuskan sembahyang, contohnya after maghrib.

2. Niatnya " Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala"

3. Rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al- Kafirun atau apa2 shj surah yang terbaik kite boleh baca.

4. Rakaat kedua aselepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kite boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut ( mulakan dgn basmalah dan selawat dahulu)


source : HALAQAH& DARUSSYIFA'

Hidup ni biarlah mengikut jalanNYA, barulah semuanya baik2 shj..:)
insyaALLAH.

No comments: