New task? yes. 2 minggu lepas ada seorang senior aku kol masa tu aku sedang enak menjamu selera nasi putih berlaukan tomyam dan telur dadar ketika jam 8.30 malam. Siapakah gerangan yang kol? ok, dia adalah my senior, tapi sebaya ngan aku yang sekarang merangkap sebagai pengurus pasukan bola jaring UM. fuh! dia kol untuk pelawa aku join training dengan budak2 netball UM ni la..Ada rezeki boleh tandatangan kontrak kan. Tapi memang kene betui2 fit n berstamina XTRA ler. Aku pun pikir banyak kali gak nak join ke tak, yela..jadual mingguan aku totally akan berubah.
Pertama, latihan bersama coach 3x sminggu dan juga latihan untuk kardio 2x seminggu. Aku risau nanti effect kat aku punye study jer, yela dah kurang masa untuk buat kije lain kan..tapi memandangkan aku sekarang dah final year dan tggal lagi satu sem, aku rase why not give a try..so aku accept die punye tawaran dan sekarang 4x dah aku turun latihan yang sangat menguji skills n stamina aku. So far alhamdulillah..
Part yang paling tak best dan agak bermasalah bagi aku adalah nak beramah mesra dengan team mates. Yela kerek2 jugak depa ni. Al maklumlah, aku kan budak baru..dah la pendiam, tak banyak bercakap, kurang gelak dgn lawak bodoh depa..mmg bukan feveret la. Tapi aku join team tu untuk diri aku sndiri, nak cari stamina, nak tmbah lagi pngetahuan dan juga kemahiran. Bukan semata2 untuk duit (elaun), dan lain2 faedah. Memang dlm byk2 pasukan/game kat UM ni team netball la yg paling mewah n berduit kot. *tp dgr2 byk corrupt* no komen.haha
So, skrg aku just go with the flow.. hopefully semuanya akan ok dan bertambah positf dari semasa ke semasa. Thanks to my En Aiman yang byk support n beri kata semangat utk aku teruskan minat aku dalam sukan ni. Sebenarnya dah lama nak join team UM ni tp berangan jela..mereka sume hebat kot..skrg dpt peluang aku akan gunakan sebaik mgkin..yg pnting dpt ilmu baru..T_T
ppsstt : another 7 days more to go..my mum will come here for shopping! then we wil b going back to Trg together..study leave kot..wawawa..dah nak exam? haish!
No comments:
Post a Comment