CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 3 December 2011

it is a reality


One fine day. Morning Saturday!

Tidak seperti hari-hari biasa, hari minggu adalah sangat tenang, diisi dengan pelbagai perkara yang menyeronokkan dan sangat berfaedah. Berfaedah ker? *sometimes*. Seperti semester-semester lepas, bilik aku akan kosong pada hujung minggu di mana kekerapan para roomates aku pulang ke kampung/ rumah sangatlah tinggi. Aku? ok, selalu jugak balik kampung tetapi bila ade perkara penting jer. So, hujung minggu macam ni kalau tak keluar jalan-jalan, mengedate, or join mana2 program aku lebih suka stay kat bilik jer. Cuci baju, kemas baju, kemaskan meja belajar dan kemaskan bilik.

Semalam satu hari aku temankan adek aku ke sana ke mari. Pergi ke IJN temankan dia hadiri temujanji doktor. Alhamdulillah semuanya telah selesai and he was good now. No more sweating! Then selepas ke IJN kami singgah lunch kat Sogo dan memang bersesakla time tu lunch hour dan perempuan office semua duk serbu Sogo yang tengah sale bagai nak rak tu. Adek aku belilah sehelai, dua baju but I'm not. Sekarang tengah mengajar diri untuk STOP beli apa2 yang tidak penting. fuh. *cabaran besar*

Kuliah dah di penghujung sekarang memandangkan dah masuk bulan Disember. So far so good, test2 dan assignmnets semua dah selesai. Just tinggal untuk presentations je lagi. Then projek futsal yang sangat memeningkan.hoho. Semester baru nanti aku secara rasminya dah sem 6 bermakna akan berakhirlah kehidupan bergelar seorang pelajar. Seriously, aku sayang sangat2 nak tinggalkan dunia kampus and life as a student ni. Bagi aku masa ni adalah paling best di mana tugas aku just belajar, siapkan tugasan, ambik exam and chill sket2. Best bukan? Hari2 kite buat perkara yang berlainan ok. Tapi bila dah kerja nanti? perkara yang sama akan dilakukan everyday! oh, tidak.

Bagaimana pengurusan kewangan aku sekarang? so far okla. Ish, bunyi macam tak ok jer.haha. Last week aku telah membazairkan wang dengan membeli 2 dress kot. Menyampah gile tengok saban hari ade jer gerai2 jualan yang bertapak indah dalam UM ni.adus. Dalam otak aku sekarang just nak repair/change my car front bumper dengan kadar segera. Dah buat kira2 semalam duit hasil jualan 'my pre loved items' tu akan digunakan untuk cover separuh kos dan selebihnya akan meminta ehsan daripada mak.sorry mum, terpaksa. hehe. Ingat senang ke pakai kereta time belajar?owh, susah..duit minyak lagi, maintenance yg paling penting dan mahal. Bile korang dah ade kereta sendiri raselah nanti. Lebih2 aku ni yang jenis suke berjln2.*fening*

Just now, when i woke up tetibe dalam kepala fikir mana tempat best nak holiday ye..hehe..island?beach? just searching for a new places. Yes, aku memang suke berjalan. Betul cakap mak ayah aku. Actually dah plan ngan my mum nak ke Vietnam this Disember time aku study week but banyak halangan plak. Musim 'bah' kat Trg. Tak elok berjalan kata bapak aku. Hari ni 3 Disember dah dan aku rase dah tak sempat untuk lancarkan aktiviti round2 M'sia pada semester ni. Tak cukup masa dan tak cukup duit.huhu. Tunda pada semester depanla. mesti jadi! *kene planning baik punye*.

what to do today? will think about it. Owh, dah 5 paragraph ker?ok.done.T_T

bye.

2 comments:

lecka said...

jaa.....jom g jln2...tp xpyh laa g pulau...of kos laa xbley ikut...mne2 shje...di darat...pantai ke.....hihihihi.... =)

Jalilah Jali said...

zue : wow, best..ade member nk temn g jln2! hehe..ok, nanti kite plan a trip ye..:)jom.