Assalamualaikum.
Salam Jumaat. Sedar tak sedar minggu depan umat Islam dah nak sambut Hari Raya Aidiladha ataupun Raya Haji. Cepat je masa berlalu tanpa kita sedari, umur pon dah semakin meningkat, what we have achieved at this age? Ask yourselves :) For me still merangkak mengenal liku-liku kehidupan, terutama dalam agama sentiasa berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik, inshAllah. Islam itu indah. :)
My previous post aku ada sentuh soal rezeki dalam pekerjaan. Ya, betul..kita tak nampak rezeki tu, hanya DIA yang lebih mengetahui. Yang penting jangan puas memohon dari-Nya. Alhamdulillah buat pertama kali aku lepas exam SPA yang aku hadiri tempoh hari, sungguh tak sangka. Ingatkan harapan tinggal harapan jew.siyes. Aku ingatkan peluang aku dah terlepas, al maklumlah aku tawakal je jawab soalan exam tempoh hari disebabkan oleh soalan spot tak masuk.huhu. So, balik rumah aku tawakal dan berdoa jela. Aku memang berminat sangat untuk jawatan tu memandangkan kalau lulus sampai peringkat interview aku akan stay di kementerian yang sama dengan my mom! And my mom will be so happppy!
Sekarang DIA dah bagi peluang yang kedua, so aku akan berusaha sungguh2 untuk merealisasikan impian kali ini. Even dah lama tak bukak buku nota dan study sampai larut malam..now i willing to do it again!! First step dah lepas, sekarang second step PAC dan iv. My turn will be end of this month..bahan2 bacaan dan persediaan pon dah buat sket2, harap2 aku akan lebih yakin untuk menghadapi cabaran kali ini. Yes, PAC adalah part yang paling tough untuk menjawat gred 41 dalam perkhidmatan awam. Ramai yang sangkut part ni, aku pulak first time..waaa nervous kott. Syukur one of my bestfriend pon akan join PAC di tempat yang sama. yeayy ada kawan! Goodluck Amy!
Life update! Currently aku sangat gembira dan bahagia dengan apa yang aku buat dan apa yang aku ada sekarang..syukur. Even tak segah/sesenang mcm orang lain, syukur rezeki untuk sesuap nasi tu masih ada. Aktiviti shopping pon dah terpaksa stop buat sementara, lebih banyak menabung untuk masa depan giteww.heee. I love my job and i love my family. Now, every Wednesday is Ladies's Futsal at my workplace and for sure lah aku join. Setiap minggu aku join depa main dan giler rasa puas dan enjoy sangat! Betul kata orang, bila kita buat something yang kita suka kepuasaan tu akan di tahap max!hehe. Aku pon dah semakin rancak di dapur sekarang dan memasak dah jadi hobi baru aku pulak. Even balik kerja lewat, biasa sampai rumah around 6pm paling awal dan 7.30pm paling lewat aku akan still masuk dapur dan masak. Huwaaa...what a great achievement for myself huh? happy to the max again!! Suami pon gumbira.haha! lepas masak, lepak2 terus tido..dah xlarat nak study n tgk movie. (part paling tak best, coz letih sangat) ;(
Ok, raya haji this year aku balik Terengganu coz en suami cakap kat pantai timur raya haji meriah..kalau sebelah utara raya haji depa duk umah tengok tv jah. haish! Kat pantai timur macam biasa je kott. Makan2 tu adalah benda wajib, hehe. Second day raya kami satu family jalani ibadah korban, inshaAllah tumbang sekor lembu.huhu dan buat majlis makan2. This is my second time jalani ibadah korban, alhamdulillah..moga tahun2 hadapan still dimurahkan rezeki untuk menunaikan tanggungjawab itu. On that day cousin2 semua balik, yeayy! barbeque huh? :) So, tomorrow morning kami akan mulakan perjalanan menuju ke pantai timur. Excited sangat bak hangggg, nak balik kampung tu..semoga kami selamat dalam perjalanan! +_-
Bye. till then.
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
No comments:
Post a Comment