Wednesday, 17 July 2013
Ramadhan 2013
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana dapat bertemu kembali di bulan yang mulia dan cukup indah ini. Syukur di beri peluang untuk meneruskan hidup dan menambahkan amalan yang mana kurang. Hari ini dah masuk hari ke-8 umat Islam berpuasa dan Ramadhan kali ini sangat berbeza bagi aku al maklumlah pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri. Suasana memang lain sangat, apa yang lain ye? Sesiapa yang first time tahulah apa yang lainnya.
Waktu sahur mestilah menjadi orang yang paling awal bangun kerana perlu sediakan juadah sahur. Macam aku stay dengan adik ipar skali so buat pape mesti kene lebihla. Bukan makan berdua makan bertiga katakan. Masa bujang tak ksah la kan nak makan apa, perut sendiri tapi sekarang sebab ada rasa tanggungjawab tu so kene rajinkan diri masuk dapur. At first memang aku kekok gila, bukan tak biasa masuk dapur tapi sebab dah lama sangat tak masuk dapur kot. Bujang senang makan kat kedai or tapau jer. Menu first yang aku masak masa Ramadhan pertama adalah spagetti. Memandangkan ini adalah makanan favourite aku so kacang jelah aku masak dan sekejap je dah siap. Fuh, dah selamat hari pertama.hehe.
Dan hari2 seterusnya aku cuba pelbagai jenis masakan yang biasa aku masak masa kat kampung so mudah la. Tak pun aku google je kat internet tengok resepi2. Alhamdulillah suami aku jenis tak banyak kerenah, makan je semua tak memilih kecuali budu dan masakan pedas2. Sekarang jadi bertambah rajin nak masak sebab bila masak je tak ksahlah pape pon kan, sure habis punye. Happy kot!
Rutin aku setiap hari sekarang, bangun seawal jam 4.15 am sediakan apa yang patut untuk juadah sahur, kemudian lepas sahur lepak tengok tv jap sementara tungggu waktu subuh. Kemudiaan after subuh lena sekejap jam 7.30am bangun bersiap untuk pergi kerja. Balik kerja around 5.30pm dah sampai rumah, solat dan terus masuk dapur untuk masak juadah berbuka puasa. Malam harinya kalau tak penat aku turun pergi terawih surau kat bawah rumah je. Untuk makluman sekarang aku dah tak drive pergi kerja, rempit je dengan en suami. hehe. Setiap ghari ada orang hantar dan ambik dari office, fuh lega rasa tak yah nak bersesak dalam jammed. heh
Okla, this weekend ni turn untuk berbuka puasa dengan my family di Terengganu. Owh, jangan buat2 lupe, dah kahwin ni kene plan dan berbincangg ye nak balik kampung mana sebab sekarang dah ada 2 kampung! :) Next weekend giliran rumah mertua pulak. Baru adil gitu, then plan raya sebelah mana dulu ye? hehe..yang tu dah bincang awal2, sebelum kahwin lagi.haha.
Selamat berpuasa semua! mintak maaf andai ada salah silap terlanjur bicara ye! marilah kita sama2 memanfaatkan bulan yang mulia ini. :)
ok.Bye
p/s : syukur majlis perkahwinan tempoh hari berjalan lancar seperti yang dirancang. If ade masa dan rajin sket nanti aku akan buat entry pasal umrah dan majlis kahwin aku pulak ye. Sila bersabar sebab tuan belog busy menjalankan tangggungjawab so masa untuk berbelog ni dah kurang sket. lol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment