Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang untuk update jugak pasal perjalanan umrah aku bersama keluarga tempoh hari. Entri ini mungkin akan megandungi banyak gambar sebab aku malas nak menaip banyak2 gitu. Dalam entri ni aku akan bercerita dengan agak detail la kot. :)
Syukur sangat2 kerana di usia yang masih muda ni diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Walaupun hanya seketika tapi pengalaman tu sangat berharga dan sehingga di saat ini masih terasa. Aku bukan lahir daripada keluarga yang kaya raya mampu ke sana setiap tahun, tapi cukuplah sekadar rezeki yang ada membuatkan my parents boleh bawa kami 2 beradik ni ke sana. Berbekalkan sedikit wang simpanan kami sejak kecil (Tabung Haji) dan sponsored by pama berjaya jugak aku jejakkan kaki di Tanah Haram itu.
FYI, my dad tak pergi, so yang ke sana hanya aku, my brother dan my mom. Kami ke sana dalam 14 hari termasuk perjalanan yang mengambil masa agak lama. 25 May naek flight Saudi Arabia from KLIA direct trus ke Madinah. If korang nak ziarah Mesir or Abu Dhabi dulu pon boleh so trip akan jadi dalam 16-20 hari dan boleh take Emirates flight. Macam kami, tak ke sana sebab kekangan masa al maklumlah ikot jadual adek aku, cikgu takleh cuti lama2. Terpaksa ikot waktu cuti sekolah. Kami ke sana dengan pakej Rayhar Travel. Mudah amik pakej sebab semua urusan diorang akan setelkan dari awal hingga akhir, just bayaran tu mahal sedikitlah. Pakej yang aku pergi tempoh hari seorang dalam RM8k. Agak mahal sedkit coz kami pilih untuk stay hotel yang dekat dengan Masjidilharam which is 5star hotel la kalu ikotkan. Tapi korang jangan rasa nak 5star sangatlah coz hotel 5star kat sana ibarat 4star je kat Malaysia ni.
At first, kami singgah menziarah Kota Madinah dulu. Masa kat Madinah kami stay dalam 4 hari 3 malam. Setiap waktu akan sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi. Dan kalau nak beli belah dan sebagainya bagi kau Madinah is the best place. Barang2 murah dan makanan pon still boleh telan lagi. Masjid Nabawi merupakan masjid nabi dan bila kat sana kita akan di bawa menziarahi makam nabi, melawat tempat2 bersejarah di Kota Madinah. Cuaca masa aku pergi teramat panas suhu kira2 dalam 40darjah waktu tengahari.
Selepas semua selesai di Madinah kami ke Makkah menaiki bas. Perjalanan mengambil masa kira2 6-8 jam. Masa tu dah rasa excited campur berdebar sebab umrah dah bermula. Untuk makuman, suhu di kota Makkah lagi panas ketika itu berbanding di Madinah, so memang kene kuatlah mental dan fizikal masa di sana. Bila jejak je kaki di Kota Makkah dalam kepala ni memang tak pikir apa dah just niat untuk beribadat. Rasa rugi kalau tak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Yela, bukan senang nak ke sana kan. So, alhamdulillah kami 3 beranak berjaya melakukan ibadah umrah sebanyak 4 kali.
Ni aku senaraikan beberapa keperluan yang perlu dibawa semasamengerjakan umrah :
1. stoking (4 pasang) - untuk sembahyang
2. sarung kaki (2 pasang)
3. Kain telekung (3 pasang)
4. Jubah/maxi dress (2 helai)
5. Pakaian kasualj/ubah seluar (2 pasang)
6. Mini telekung/ tudung readymade (2 helai)
7. Flat shoes (1)
8. selipar sarung (1)
ni pic masa kami kat KLIA sebelum berlepas
Masjid Nabawi with mom
time ni kami jalan2 sekitar masjid nabawi after subuh
dalam Masjid Nabawi
sedang menunggu untuk check-in @ Makkah
my bro n mom after saie (berulang alik sebanyak 7x dr Bukit Safa ke Bukit Marwah)
view depan masjidilharam Clock Tower
terpaksa pakai niqab? kami gune ni untuk cover daripada habuk bagai
aku ambik gambar ni after solat isyak, nice view! rindu teramat!
breakfast at hotel
me at Jabal Rahmah (tempat berdoa utk jodoh)
at Marwah after bercukur/bergunting rambut
us! *hugs*
subuh terakhir di Masjidilharam, time ni kami buat tawaf sunat
di Kota Makkah mostly barang makanan memang mahal, harga nasi around 15-30 riyal dan ini adalah ais krim yang paling sedap dan paling murah 5riyal!
time ni aku sorang2 ke masjidilharam, muhasabah diri sambil memndang kaabah sebelum masuk waktu solat subuh. Sehari sebelom nak tinggalkan Kota Makkah. Sebak sangat masa ni. Mata bengkak xleh blah.hehe
Ok, ni kat Jeddah Airport, masa sampai je kat cni aku rasa proud gile to be Malaysian coz We have KLIA!!
Terengganu Airport, finally arrived.
Sampai setakat ni jela kot yang dapat aku share, pics banyak lagi tapi macam over sangat kalau upload byk2 kan. Cukuplah ini untuk tatapan kalian, semoga bila tengok pics ni para sahabat di luar sana rasa makin membuak2 untuk menjadi tetamu Allah. InshaAllah jika diberi kesihatan yang baik dan ade rezeki lebih akan ke sana lagi bersama keluarga dan mungkin membawa En Suami sekali, inshaAllah. Nak tunggu turn haji lambat lagi kot masa aku daftar tahun lepas giliran aku tahun 2030 kot??fuh.
Sekian, salam.
p/s : dah setel satu entri yang tertangguh, ok tggal lagi satu kot..my wedding! stay tunedddd +_-
1 comment:
Bestnye..mmg rasa excited nak gi umrah sgt2 bila baca entri ni..doakan perjalanan ibadah umrah kami dan anak2 dipermudahkan ye..Insyaa Allah kami akan pergi 8 mac ni..:)
Post a Comment