Salam.
Alhamdulillah. Sekarang dah masuk bulan rejab seterusnya syaaban dan ramadhan. Semakin hari semakin banyak benda yang nak diuruskan dan diselesaikan. Alhamdulillah persiapan majlis dah 60% siap. memang agak slow progress tapi nak buat macamana dah tuan empunya pon jenis slow so sume benda dilakukan dengan relax sahaja.
Betul cakap2 orang, masa inilah ujian yang paling kuat kite kene hadapi. So tidak kira apa sahaja yang berlaku sila hadapi dengan tabah, rasional dan always think positive, inshaAllah semua akan berjalan seperti yang dirancangkan.
Dalam masa 2 minggu lagi inshaAllah aku akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama keluarga. Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan ini. Semoga segala yang dihajati selama ini tercapai. Tak sabar nak jejak kaki ke sana. InshaAllah ketenteraman yang dicari selama ini akan dirasai. Serius, aku sangat excited bila setiap malam duk study pasal umrah dan kota makkah ni rasa makin tak sabar. Persiapan ke sana pon alhamdulillah dah 80% ready. Just tunggu nak balik rumah kemas segala barang je tinggal. Aku pon dah apply cuti, fuh terpaksa ambil unpaid leave sebab cuti lama sangat. Dalam tempoh 2 bulan ni macam2 akan berlaku dalam hidup aku. New job, new life, new title, new experience. Semua barulah katakan.
Before this aku penah cakap nak update pasal persiapan kawen dalam my blog nie. Tengokla nanti akan diupdatekan bila ada masa terluang dan apabila rasa malas itu tiada macam malam ni. :p Aku punya persiapan biasa2 aje xdela nak gempak sangat kan, yela tak sampai setahun kerja dah decide nak kawen kaw, berani mati nie. Nak kawen mudah tapi perbelanjaan kawen tu buat kite rasa macam tak bernyawa sekejap. Yela semua benda nak pakai duit kan. Sekarang baru aku faham kenapa ramai orang nak kawen buat loan sana sini. So kepada kawan2 yang bakal berumah tangga kelak sila lah saving dari sekarang takdela kelam kabut macam aku ni. I'm so lucky because i have a very understanding parents besides me. Merekalah yang banyak membantu aku dalam tempoh beberapa bulan ni. Kite nak buat benda baik, inshaAllah segala urusan aakn dipermudahkan olehNYA. Banyak2 kan berdoa kalau hati rasa tak tenteram dan untuk jaga tingkah laku anda sentiasalah amal berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Bukan sahaja dapat menjaga dan mengawal tingkah laku kite, dapat jugak tambah pahala dan menyihatkan tubuh badan.
Semua orang ingin lakukan yang terbaik dalam hidup dan mahukan segala impian dapat dicapai. Same goes to me. Apa yang aku buat, aku suke sangat catat apa yang aku nak buat untuk hari esok dan seterusnnya, ade gadjet canggih pon tak guneokay. Pen dan note book gak yang akan dicari nanti. Trust me! :)
Ok, selamat malam.
Bye. salam.
p/s : lately aku jarang sangat berFB, dah bosan n meluat dengan segala status yang diupdate oleh orang2 yg aku accept dan add jadik friends. Huwaaa, rasa nak unfriend pon hado. Biar jela nak selamat takyah bkk FB teruskan. If bukak pon aku just tgk groups jela. ape latest update n event2 kawan yg kawen. itu ajo.
Monday, 13 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jaa......
nt update ttg preparation ye,;)
nk tau,hehehe.
jaa....
hopefully semuanya berjalan lancar.
nt update ttg preparation ye,;)
gatal nk tau,hehehe.
Post a Comment