CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 19 May 2013

B2B : Checklist Kahwin

Assalamualaikum.


Dah lama bercadang nak tulis entry pasal persiapan perkahwinan ini. Mintak maaf banyak2 sebab asyik tertangguh sahaja. First thing first, bila kite dah mengambil keputusan nak mendirikan rumahtangga banyak perkara yang perlu diambil berat dan anda semua perlu tahu. Apabila kedua belah pihak dan mencapai persetujuan dan tetapkan tarikh maka disitulah bermulanya kesibukkan anda wahai bakal2 pengantin.

Pertama sekali korang perlu buat checklist apa yang perlu dilakukan or apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Macam aku memang suke buat checklist, sorry bukan aku buat tapi aku just copy jer dari internet n print je checklist tu lagi mudah tapi mestilah mengikut kesesuaian majlis dan diri kite.

Contoh checklist yang aku buat :-

SENARAI SEMAK BARANG KEPERLUAN

KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

1. Prosedur pernikahan

  • kursus pra-perkahwinan
  • ujian kesihatan (HIV test)
  • surat akuan bujang
  • hubungi & tempah jurunikah
  • wali & saksi
  • mas kahwin mengikut negeri
  • wang hantaran
  • cincin kahwin
  • kad kahwin
2. Busana pengantin
  • pakej di kedai pengantin ( bagi aku better ambik pakej sebab harga murah dan complete. Korang tak perlu nak pikir banyak sebab semua sudah tersedia kecuali tudung dan kasut yang nak dipakai on that day sahaja korang kene rajinkan diri pergi survey or tengok majalah. Time ni korang pasti akan beli majalah Pengantin yang mahal tu macam aku.haha)
3. Barangan hantaran (lelaki)
  • sirih junjung
  • set perfume/ set penjagaan diri
  • kasut
  • set tali pinggang dan wallet
  • jam
  • buahan
  • chocolate
  • cupcakes
  • jersey
(jumlah barang, brand semua terpulang kepada individu. Kalu poket tebal bolehla belikan cik abang tu barang2 yang branded dan gajet2 yang latest ye, but for me beli barang2 biasa je buat cukup syarat sebab kewangan tidak begitu menginzinkan. Dah cakap nak kahwin kan so biar semua benda mudah dan janagn menyusahkan mana2 pihak. ;)

4. Pengapit
  • untuk pemilihan pengapit ni korang akan mula listkan nama beberapa orang teman rapat yang ada disekeliling. Tapi macam aku tak ksah pon pasal pengapit ni sebab aku bukan bersanding pon, just duk atas pelamin tangkap gambar je kot. Ok, but pengapit perlu untuk mengiring anda semasa nak sambut pengantin lelaki, so pilihla kawan2 yang dengan rela hati melakukan tugas tersebut dan dia mestilah bukan seorang yang pemalu ye. My pengapit my bf since sekolah rendah.hehe
5. Pengurusan tempat
  • lokasi jamuan
  • kanopi
Majlis aku just buat kat rumah tercinta sahaja. Segala urusan sebegini aku serahkan kepada my parents untuk uruskan. 

6. Makanan
  • gotong royong
  • menu makan beradap
  • menu untuk para tetamu
  • makanan untuk orang gotong royong
7. Cenderahati
  • pihak lelaki
  • para tetamu 

Senarai semak ni terpulang kepada setiap individu ye Ni je yang aku buat dan yang paling penting aku dah letak kat no 1 tu. Majlis ni hendak dibuat berdasar kemampuan anda dan yang tak wajib tu aku rasa tak perlula kot. Yang penting para teta makan sedap, kenyang dan puas hati dan juga mendoakan yang baik2 untuk para pengantin sekeluarga, semoga majlis lebih diberkati. :) Hopefully semua yang aku tulis ni sedikit sebanyak membantu korang semua, my dear friends. +_-

p/s : counting the days. Sekarang aku semakin berdebar dan tak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, inshaAllah. Serius aku agak busy membuat persiapan terakhir sebelum berlepas seperti persiapan mental fizikal dan rohani, perbanyakkan ilmu selagi ada masa, pakaian, keperluan asas yang lain. Next entry will talk about my wedding card.

Ok,bai.

1 comment:

nurul isma said...

nana ke pengapit? heheheh