CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 23 May 2013

B2B: Wedding card

Assalamualaikum.


Kad kahwin or kad jemputan ini adalah yang part yang paling aku suka dan menarik. Memang rambang mata bila tengok pelbagai design kad yang ada di pasaran sekarang. Tapi harga boleh tahan jugak ok. Korang kene merajinkan diri pergi survey untuk dapatkan yang murah dan cantik. Tapi if korang dah ada bajet yang banyak untuk kad ni tak kesahlah if tak pergi survey pon kan. Macam aku aku memang survey banyak tempat, al maklumlah pengantin bajet katakan.

Di sini aku listkan beberapa tempat yang best if nak survey kad kahwin ;
  • Pertama Kompleks
  • Pameran Pengantin
  • Shah Alam
  • website (sila google je,mudah dan cepat)
Ok, so kat sini aku ada lampirkan beberapa jenis kad yang aku suka dan menarik but my wedding card not my choice, En Aiman gunakan kuasanya untuk membuat pilihan so card aku xcute n not girly sangat ye. fuh, sabor jela. Dah la bukan my favourite color tapi syukurla dah siap dengan selamat pon. Janji apa yang nak disampaikan ada sume dalam tu. If nak lagi jimat korang up je event kat FB mudah dan cepat serta jimat. Tapi jangan harap kawan2 akan attend korang punye majlis if invite melalui FB je.haha. Kad tu penting kot coz ada nilai sentimental di situ ye. :)

design ni aku suke sangattttt!

 yang ni pon okay, simple dan macam sofistikated kan


this one, sweettttt

finally, aku punye kad design ala macam ni la..kecik n simple n murah je. Design kartun! Takde kad2 wangi ye. Jimat beb, kad korang buat lawa2 mahal2 pon at last, orang buang jugak kan. Adui, membazir kot. So pilihla yang berbaloi ye. (kad aku serupe macam kad raya plak skali tengok.haha)

yeay, i'm readyyy! buat kekawan sila bersabar ye.

Aku akan start posting kad2 ni sekembalinya daripada Tanah Suci. InshaAllah. Ok, dah setel part kad kahwin. Aku punye kad harga 0.25 sen je. Aku tempah dalam 1500 keping dan dapat free 1 banting lagi. +_-

Hari ini hari last aku mengadap blog coz pasni aku akan bercuti panjang selama 2 minggu. Kepada semua kawan2, my silent reader n sesape yang mengenali diri aku, aku nak mintak maaf banyak2 andai ada buat salah silap, ada buat anda semua terasa hati dan sebagainya. Aku cuma manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. Andai panjang umor kite berjumpe lagi. Semoga perjalanan kami sekeluarga ke Tanah Suci lancar, dipermudahkan dan dapat melakukan ibadat dengan tenang.

Selamat bercuti semua, dan take care yaww!

Bye. salam


Sunday, 19 May 2013

B2B : Checklist Kahwin

Assalamualaikum.


Dah lama bercadang nak tulis entry pasal persiapan perkahwinan ini. Mintak maaf banyak2 sebab asyik tertangguh sahaja. First thing first, bila kite dah mengambil keputusan nak mendirikan rumahtangga banyak perkara yang perlu diambil berat dan anda semua perlu tahu. Apabila kedua belah pihak dan mencapai persetujuan dan tetapkan tarikh maka disitulah bermulanya kesibukkan anda wahai bakal2 pengantin.

Pertama sekali korang perlu buat checklist apa yang perlu dilakukan or apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Macam aku memang suke buat checklist, sorry bukan aku buat tapi aku just copy jer dari internet n print je checklist tu lagi mudah tapi mestilah mengikut kesesuaian majlis dan diri kite.

Contoh checklist yang aku buat :-

SENARAI SEMAK BARANG KEPERLUAN

KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

1. Prosedur pernikahan

  • kursus pra-perkahwinan
  • ujian kesihatan (HIV test)
  • surat akuan bujang
  • hubungi & tempah jurunikah
  • wali & saksi
  • mas kahwin mengikut negeri
  • wang hantaran
  • cincin kahwin
  • kad kahwin
2. Busana pengantin
  • pakej di kedai pengantin ( bagi aku better ambik pakej sebab harga murah dan complete. Korang tak perlu nak pikir banyak sebab semua sudah tersedia kecuali tudung dan kasut yang nak dipakai on that day sahaja korang kene rajinkan diri pergi survey or tengok majalah. Time ni korang pasti akan beli majalah Pengantin yang mahal tu macam aku.haha)
3. Barangan hantaran (lelaki)
  • sirih junjung
  • set perfume/ set penjagaan diri
  • kasut
  • set tali pinggang dan wallet
  • jam
  • buahan
  • chocolate
  • cupcakes
  • jersey
(jumlah barang, brand semua terpulang kepada individu. Kalu poket tebal bolehla belikan cik abang tu barang2 yang branded dan gajet2 yang latest ye, but for me beli barang2 biasa je buat cukup syarat sebab kewangan tidak begitu menginzinkan. Dah cakap nak kahwin kan so biar semua benda mudah dan janagn menyusahkan mana2 pihak. ;)

4. Pengapit
  • untuk pemilihan pengapit ni korang akan mula listkan nama beberapa orang teman rapat yang ada disekeliling. Tapi macam aku tak ksah pon pasal pengapit ni sebab aku bukan bersanding pon, just duk atas pelamin tangkap gambar je kot. Ok, but pengapit perlu untuk mengiring anda semasa nak sambut pengantin lelaki, so pilihla kawan2 yang dengan rela hati melakukan tugas tersebut dan dia mestilah bukan seorang yang pemalu ye. My pengapit my bf since sekolah rendah.hehe
5. Pengurusan tempat
  • lokasi jamuan
  • kanopi
Majlis aku just buat kat rumah tercinta sahaja. Segala urusan sebegini aku serahkan kepada my parents untuk uruskan. 

6. Makanan
  • gotong royong
  • menu makan beradap
  • menu untuk para tetamu
  • makanan untuk orang gotong royong
7. Cenderahati
  • pihak lelaki
  • para tetamu 

Senarai semak ni terpulang kepada setiap individu ye Ni je yang aku buat dan yang paling penting aku dah letak kat no 1 tu. Majlis ni hendak dibuat berdasar kemampuan anda dan yang tak wajib tu aku rasa tak perlula kot. Yang penting para teta makan sedap, kenyang dan puas hati dan juga mendoakan yang baik2 untuk para pengantin sekeluarga, semoga majlis lebih diberkati. :) Hopefully semua yang aku tulis ni sedikit sebanyak membantu korang semua, my dear friends. +_-

p/s : counting the days. Sekarang aku semakin berdebar dan tak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, inshaAllah. Serius aku agak busy membuat persiapan terakhir sebelum berlepas seperti persiapan mental fizikal dan rohani, perbanyakkan ilmu selagi ada masa, pakaian, keperluan asas yang lain. Next entry will talk about my wedding card.

Ok,bai.

Monday, 13 May 2013

Rejab kembali

Salam.

Alhamdulillah. Sekarang dah masuk bulan rejab seterusnya syaaban dan ramadhan. Semakin hari semakin banyak benda yang nak diuruskan dan diselesaikan. Alhamdulillah persiapan majlis dah 60% siap. memang agak slow progress tapi nak buat macamana dah tuan empunya pon jenis slow so sume benda  dilakukan dengan relax sahaja.

Betul cakap2 orang, masa inilah ujian yang paling kuat kite kene hadapi. So tidak kira apa sahaja yang berlaku sila hadapi dengan tabah, rasional dan always think positive, inshaAllah semua akan berjalan seperti yang dirancangkan.

Dalam masa 2 minggu lagi inshaAllah aku akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama keluarga. Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan ini. Semoga segala yang dihajati selama ini tercapai. Tak sabar nak jejak kaki ke sana. InshaAllah ketenteraman yang dicari selama ini akan dirasai. Serius, aku sangat excited bila setiap malam duk study pasal umrah dan kota makkah ni rasa makin tak sabar. Persiapan ke sana pon alhamdulillah dah 80% ready. Just tunggu nak balik rumah kemas segala barang je tinggal. Aku pon dah apply cuti, fuh terpaksa ambil unpaid leave sebab cuti lama sangat. Dalam tempoh 2 bulan ni macam2 akan berlaku dalam hidup aku. New job, new life, new title, new experience. Semua barulah katakan.

Before this aku penah cakap nak update pasal persiapan kawen dalam my blog nie. Tengokla nanti akan diupdatekan bila ada masa terluang dan apabila rasa malas itu tiada macam malam ni. :p Aku punya persiapan biasa2 aje xdela nak gempak sangat kan, yela tak sampai setahun kerja dah decide nak kawen kaw, berani mati nie. Nak kawen mudah tapi perbelanjaan kawen tu buat kite rasa macam tak bernyawa sekejap. Yela semua benda nak pakai duit kan. Sekarang baru aku faham kenapa ramai orang nak kawen buat loan sana sini. So kepada kawan2 yang bakal berumah tangga kelak sila lah saving dari sekarang takdela kelam kabut macam aku ni. I'm so lucky because i have a very understanding parents besides me. Merekalah yang banyak membantu aku dalam tempoh beberapa bulan ni. Kite nak buat benda baik, inshaAllah segala urusan aakn dipermudahkan olehNYA. Banyak2 kan berdoa kalau hati rasa tak tenteram dan untuk jaga tingkah laku anda sentiasalah amal berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Bukan sahaja dapat menjaga dan mengawal tingkah laku kite, dapat jugak tambah pahala dan menyihatkan tubuh badan.

Semua orang ingin lakukan yang terbaik dalam hidup dan mahukan segala impian dapat dicapai. Same goes to me. Apa yang aku buat, aku suke sangat catat apa yang aku nak buat untuk hari esok dan seterusnnya, ade gadjet canggih pon tak guneokay. Pen dan note book gak yang akan dicari nanti. Trust me! :)

Ok, selamat malam.

Bye. salam.


p/s : lately aku jarang sangat berFB, dah bosan n meluat dengan segala status yang diupdate oleh orang2 yg aku accept dan add jadik friends. Huwaaa, rasa nak unfriend pon hado. Biar jela nak selamat takyah bkk FB teruskan. If bukak pon aku just tgk groups jela. ape latest update n event2 kawan yg kawen. itu ajo.