Assalamualaikum.
Almost a month menyepi sedar tak sedar sekarang dah masuk Disember. How time flies. Just a few weeks akan masuk tahun baru 2014. Fuhh. Ok, selama aku tamat belajar kira-kira dalam setahun 2 bulan dah, graduated last year October 2012 banyak jugaklah interviews yang aku attend samada dalam sektor swasta mahupun sektor awam ni. So harini aku ingat nak share sket pengalaman aku menghadiri interview2 ni. Bukan nak share tips ye, just sharing experiences. Sebab aku pon kalau dapat offer mana2 interview pasti aku akan google cari tips/experiences from others yang pernah attend interview yang sama. Harap2 sedikit sebanyak dapat membantu korang di luar sana. :)
1 ) Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Dengar nama jawatan pun dah gerun kan, macam hebat jer, of course lah memang hebat pun jawatan ni dalam sektor kerajaan dan ramai graduan lepasan universiti yang bijak pandai target nak jadi pegawai PTD after grad kan. So, ni first offer dalam sektor kerajaan yang aku dapat. Offer letter untuk menghadiri peperiksaan aku received 4 days before the exam date! memang kalut sangat masa tu sebab blur2 lagi tentang jawatan ni dan mau pening kepala nak study pasal dasar kerajaan dan sebagainya. Tapi dalam masa yang singkat pon aku steady jer pergi ambik exam dan keputusannya aku gagal. Peperiksaan ni ada 4 bahagian iaitu A, pengetahuan Am di mana soalan merujuk kepada dasar awam, pengetahuan am pasal kerajaan, isu semasa,pembangunan negara, sejarah dan sebagainya. Jangan risau sebab soalan objektif, so boleh tembak kalau tak tahu. hehe. Part B, pengiraan dan penyelesaian masalah. Soalan simple jer tapi masa tak cukup nak buat kira2 sebab korang tak dibenarkan guna kalkulator ye. Part C esei BM dan part D esei Bahasa Inggeris. Soalan esei plak umum dan tak perlu risau sebab boleh goreng je bagi pendapat asalkan munasabah ok. Jika korang lulus exam ni baru akan dipanggil for next stage, PAC/ Interview.
2) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
Untuk jawatan ni aku apply under SPA guna diploma. Kalau penolong pegawai kelulusan diploma jer ye yang depa nak. Nasiblah aku ade diploma dan juga degree dalam masa yang sama sebab korang banyak choice lah nak apply bile isi online form SPA tu kan. Bagi jawatan peringkat diploma tak perlu menghadiri exam bagai just straight pergi interview je. Masa dapat surat panggilan ni adelah masa dalam sebulan untuk preparation tapi macam biasa, benda wajib tahu adalah dasar2 kerajaan dan isu2 semasa. kalau korang dah kerja masa pergi interview tu depa akan banyak soal jawab tanya pasal kerja yang korang buat sekarang, kalau still menganggur selamatlah tak banyak tanya sangat. Masa pergi interview ni kat Putrajaya aku confident je, tak berdebar sangat sebab aku rasa dah buat yang terbaik tetapi peluang aku tipis sebab bidang aku tak related sangat dengan jawatan ni, my suggestion kalau korang nak jadi pentadbir dalam sektor awam ambiklah kurus Pentadbiran Awam semasa di universiti ye, sebab chance anda untuk dapat jawatan tu sangat tinggi. Ini terbukti sebab beberapa orang yang rapat dengan aku dan sememangnya mempunyai kelulusan dalam bidang Pentadbiran Awam ni semua berjaya dalam interview SPA ni plus usaha dan doa.
3) Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41
Surat menghadiri peperiksaan untuk jawatan ni aku received awal dan adalah masa untuk study sedikit seabnayk. Sama part macam exam PTD sebelum ni ade objektif pengetahuan Am, penyelesaian masalah, esei BM dan esei BI. Aku sangat2 berminat dengan jawatan ni sebab berkaitan bidang kesihatan. Preparation yang korang perlu buat adalah baca segala bahan bacaan dari kementerian kesihata, risalah pasal penyakit berjangkit, ubat-ubatan, cara rawatan dan cegah demam denggi, cara senaman yang baik dan sebagainya. Pendek kata semua pasal kesihatan diri lah. Alhamdulillah aku lulus exam ni dan dipanggil untuk PAC dan interview sebulan selepas itu. PAC ade perbincangan dalam kumpulan dan public speaking. So far ok je tak tough sangat. Masa interview aku agak stress ntah pape. Nak kata tak prepare tu ntahlah, rasa macam dah ready tapi berdebar sangat dan aku dapat interviewer yang macam tak best jer. Ok, aku dapat rasakan itu. Bile jawab soalan yang ditanye pon aku gabra semacam je padahal soalan simple jer.fuh. Keluar je dari bilik tu aku rasa 50/50 jer nak berjaya, takpelah yang penting dah lepas iv.haha.Sekarang dah sebulan lebih results iv tak keluar lagi.
4) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA Gred DG41
Tengok nama jawatan pun mesti korang dah agak untuk post ape kan. Ok, kali ni as guru mrsm. Background study aku untuk degree adalah Sports Science so aku apply untuk guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Barulah related dengan bidang kan baru steady sket nak pergi interview. hehe. Yang ni aku baru jer attend minggu lepas. memang kalut jugak sebab short notis jer mara bagi. Keputusan untuk menghadiri iv ni keluar Sabtu,30 Nov. Iv pulak start 3Dec. Gile kot nak prepare macam2 tu..bukan setakat pergi bersoal jawab jer siap ade microteaching ye..kalau untuk subjek aku siap ade fitness test lagi! perghh. Nasib aku punye turn 5 Dec hari terakhir so adela masa sket nak setting otak bagai. Dahla masa tu aku ade kat Melaka tengah excited celebrate abg ngah aku kawen. Stuck betul tapi alhamdulillah aku dapat menghadiri iv tu dengan lancar di MRSM Transkrian, Nibong Tebal,Pulau Pinang. Memang jauh, tapi aku tak kisah sangat yang penting usaha tu ade. Parents pon sporting siap sponsor hotel dan bagi duit poket lagi.hehe. Ada jugak kawan2 aku yang dapat iv yang sama ngan aku tak pergi pon sebab jauh,no bajet dan masa singkat sangat, kesian tapi nak buat macamana tu atas diri masing2 lah kan. As guru PJ ni banyak kene tahu pasal sukan dan juga kesihatan. Masa fitness test aritu aku buat yang termampu jer sebab tak sempat nak training dulu, nasib takdelah tough sangat ujian yang depa buat. IV guru mara ni ade 5 parts. Iaitu ujian personaliti(layak ke tak ko jadi pendidik), English essay, microteaching,iv face-to-face. Tempat yang sama ngan aku on that day untuk subjek Sejarah, Pendidikan Islam, Geografi dan Kemahiran Hidup. Alhamdulillah dah selesai dan mengharapkan yang terbaik. Doa jangan lupe coz setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh-NYA.
Job interview dalam sektor swasta setakat ni aku pernah hadiri 3 iv. Dan kesemua yang aku attend aku berjaya. Tapi biasalah kerja sektor swasta ni ade jer yang tak kene kan dan korang akan terus usaha sehingga dapat ideal job, betul tak? Ideal job? ermm for me tak penting sangat kot asalkan tempat kerja tu ok,environment best, colleagues sporting, good salary,boss baik dan kerja setimpal dengan gaji yang dapat. Baru ideal kan?hehe :)
Oklah, sampai sini jelah. Panjang bebenor entry kali ni. Lenguh satu badan duk mengadap lappy.
p/s : harap sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana wokey! Dan jangan lupe doakan mangsa banjir di Pantai Timur, semoga semua dalam keadaan baik.:) #prayforPantaiTimur
Bye!
2 comments:
Fitness test utk smua subjects sama ke? Apa yg kita kene buat eyh untuk fitnesa test?
@ anonymous
Fitness test untuk subjek Pendidikan Jasmani jer
Post a Comment