CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 30 December 2013

Closing of 2013-Recap


The Pain
The Laughter
The Happiness
The Memories
2013


Alhamdulillah most of my resolutions this year tercapai. Kite hanya merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah swt. :)

Flash back apa yang berlaku sepanjang tahun 2013 :-

Jan-Februari
It was my first job dan aku enjoy kerja kat situ tapi yang buat aku rasa tak leh blah adalah terpaksa melayan kerenah customer yang berlagak dan tak respect orang. As customer service apa pon yang customer cakap terpaksa dilayankan sahaja, tak boleh membalas ok. Masa tu aku kerja kat Malaysia Airlines so korang mesti dah boleh agak cmana rude nya most of them. Banyak kerenah terutama kalau customer yang kol tu adalah vip or foreigner! So, dalam diam2 aku apply kerja lain jugak.

March
Aku ke Bandung bersama mak,adik dan en tunang. Masa tu kami pergi cuti sekolah sebab ikut jadual study adik aku. Tujuan utama ke sana nak cari barang persiapan untuk perkahwinan dan bawak adik aku jalan2 sempena sem-break/cuti sekolah. Tu first time aku ke Bandung tapi dengan research yang cukup lengkap aku buat bersama en google alhamdulillah sampai sana semua berjalan lancar. Balik je daripada Bandung aku berhenti kerja.haha. Time tu cukup 6 bulan aku kerja kat MAS.hehe. why? aku rasa macam dah tak tahan kerja kat situ especially bila dah tukar waktu kerja jadi shift sampai malam. Oh, not so me okay. Dengan selamber yaya aku resign bagi short notice tanpa ada sebarang talian hayat (backup kerja).

April
Alhamdulillah rezeki untuk aku masih ada. Betul lah pepatah rezeki ada dimana sahaja tak kira masa dan tempat. Lebih kurang 3 minggu menganggur aku dapat offer daripada company tempat aku buat internship.dulu. Masa tu aku tengah sibuk beli barang kahwin kat Nilai 3 dengan mom and en tunang. Terkejut dan gembira jugak sebab aku memang suka sangat kerja kat situ ye. So aku accept jer offer even hanya untuk contract 6 months.

May
Aku start kerja kat tempat baru dan apa yang aku boleh gambarkan ialah 'it was totally fun and enjoyable'! Bos aku iaitu ketua department still yang lama dan aku memang dah kenal sangat termasuk rakan2 kerja yang lain. Even kerja kat situ lagi strict dan serius but best. Semua ok. Hujung May aku pergi umrah with family dan alhamdulillah semua berjalan lancar. Pengalaman yang takkan aku lupakan bila dapat menjejak kaki di Tanah Suci Kota Mekah dan Madinah. Setiap kenangan semasa di sana sentiasa bermain di fikiran aku hingga sekarang. Jika ada rezeki lebih dan diberi peluang tahun 2014 nanti aku amat berharap dapat ke sana lagi dan kali ini bersama suami.

Jun
Sekembalinya dari umrah aku makin sibuk dengan persiapan perkahwinan. Masa nak kahwin aku hanya ambik cuti seminggu iaitu start 3 hari sebelum majlis. Memang havoc sekejap. Aku tak leh ambik cuti lama sebab baru jer ambik cuti 2 minggu untuk umrah. So dalam tempoh masa singkat aku setelkan apa yang patut. Banyak benda buat last minit dan alhamdulillah tangga 21 Jun 2013 lebih kurang jam 9.15 malam aku selamat bergelar seorang isteri. Syukur. Part paling best 2013! :)

July-September
Fasa baru dalam hidup bermula, ketika ni dan masuk bulan Ramadhan. Lain benor rasanya bersahur dan berbuka puasa dengan suami dalam satu bumbung yang bernama rumah.haha. Selama ni makan kat kedai jew. Kami stay kat Bandar Sunway, kebetulan my parents in laws ade beli rumah kat situ so alhamdulillah tak perlu nak menyewa kan. Saving dah sket kat situ.heee. Banyak benda yang aku harus belajar dalam ilmu rumahtangga ni. Belajar masak, layan suami dan macam2. Sumber rujukan aku yang utama adalah internet sebab mudah dan pantas gitew. Raya first time sebagai seorang isteri rasa die lain macam sket. Lain macam lah sebab dah berdua kan.hehe. Sambut raya pertama di Terengganu dan Raya Ketiga di Kedah.

October
Plan nak pergi honeymoon dengan husbnad but masa dan kewangan tidak mengizikan so postpone la dulu ke suatu masa yang belum pasti. First honeymoon kat KL je, kat rumah.haha. Husband cakap xde istilah wajib pergi honeymoon lepas kawen, kat rumah pon boleh honeymoon.haha. Amboi, tak romantik sangat kan.haish! Bulan ni jugak aku ade pergi interview untuk gov officer, dan pengalaman tu memang sangat tak best. Erm, kenapalah banyak sangat faedah kalau jadi gov servant ni.fuh! Sangat menarik di situ okay.

November
Bulan terakhir aku kerja dan insha Allah jika ade rezeki aku akan kembali berkerja as a permanent dekat company tu. Memang excited sangat bile bos aku tanye berminat tak nak jadi permenant kat situ..why not? mana bisa aku tolak..international company kot..gaji pon marvellous! bhahaha! Biasalah, muda2 ni duk pikir duit jer lebih. Lumrah hidup kat Malaysia ni yang serba serbi mahal lah katakan. :p Kalau dapat offer tu aku akan start around end of Jan or early Feb. Moga2 positif lah. Insya Allah.

Disember
Fulltime housewife! A dream job okehhhh. Dulu2 aku selalu impikan kerja ni. Aku selalu bayangkan betapa bestnya duduk di rumah, baca buku or novel kegemaran sambil baring bertemankan hot chocolate dan berlatar belakangkan lagu kegemaran. ohsem kot! Tapi apa yang berlaku tak seindah yang aku bayangkan. Why? boring! huhu. Tapi aku rasa sangat seronok bila jadi suri rumah ketika ko dah ada baby or anak2. Sepanjang jadi suri rumah aku banyak benda yang aku buat dan aku belajar dan paling best boleh keluar shopping dan tengok wayang weekdays tanpa perlu stuck dalam jammed.hehe. Dan boleh masak dengan tenang untuk husbnad tanpa rasa terkejar2 dan penat. Then aku jugak ade pergi interview untuk guru mara awal bulan aritu, ade jugak hati nak jadik cikgu kan.hehe, ade rezeki jangan ditolak. :)


Kesimpulannya tahun 2013 tahun yang penuh dengan benda2 penting berlaku dalam hidup aku. Terima kasih Ya Allah. Aku mengharapkan tahun 2014 yang bakal tiba ini adalah lebih baik dan lebih indah dan dikelilingi oleh insan-insan yang aku sayangi. Permudahkan segala urusan kami Ya Allah. Amin.



Till then. Bye


p/s : mentang2 kerja as suri rumah ni banyak sangat masa free so aku selalu jugak balik kampung spend time dengan mak n ayah kat kampung..syukur dapat suami yang memahami gitew. hehe. +_-









Friday, 13 December 2013

Wedding in Malacca


Assalamualaikum.

Salam Jumaat Yang Mulia. Just a quick update regarding my cousin a.k.a my second brother's wedding ceremony at Alor Gajah,Malacca on 1 Dec 2013. It was a beautiful ceremony full of Malacca's wedding tradition. I am so happy for him, after so many ups and downs finally he managed to become somebody's husband this year! Actually he supposed to get married first before me as we already plan but wedding nowadays is all about money then he need to postpone his wedding till end of this year. Alhamdulillah the ceremony went well till the end.

Welcome to our family Kak Ngah! :)

 I'm so in love with my baju on that day..even my weight drive me crazy nowadays yet i still manage to wear it! :p


 hubby with his 'peminat'. This little girl of my abg long loves my husband so bad. haha!

mom and cousins

 Fatty girl with her husband! :)

Le familia

Till then.bye +_-

p/s :   am a bit surprised when my weight now is 54 kg!ok, fineeeee.sigh!

Tuesday, 10 December 2013

Job Interview Experience

Assalamualaikum.

Almost a month menyepi sedar tak sedar sekarang dah masuk Disember. How time flies. Just a few weeks akan masuk tahun baru 2014. Fuhh. Ok, selama aku tamat belajar kira-kira dalam setahun 2 bulan dah, graduated last year October 2012 banyak jugaklah interviews yang aku attend samada dalam sektor swasta mahupun sektor awam ni. So harini aku ingat nak share sket pengalaman aku menghadiri interview2 ni. Bukan nak share tips ye, just sharing experiences. Sebab aku pon kalau dapat offer mana2 interview pasti aku akan google cari tips/experiences from others yang pernah attend interview yang sama. Harap2 sedikit sebanyak dapat membantu korang di luar sana. :)

1 ) Pegawai Tadbir Diplomatik  Gred M41
     Dengar nama jawatan pun dah gerun kan, macam hebat jer, of course lah memang hebat pun jawatan ni dalam sektor kerajaan dan ramai graduan lepasan universiti yang bijak pandai target nak jadi pegawai PTD after grad kan. So, ni first offer dalam sektor kerajaan yang aku dapat. Offer letter untuk menghadiri peperiksaan aku received 4 days before the exam date! memang kalut sangat masa tu sebab blur2 lagi tentang jawatan ni dan mau pening kepala nak study pasal dasar kerajaan dan sebagainya. Tapi dalam masa yang singkat pon aku steady jer pergi ambik exam dan keputusannya aku gagal. Peperiksaan ni ada 4 bahagian iaitu A, pengetahuan Am di mana soalan merujuk kepada dasar awam, pengetahuan am pasal kerajaan, isu semasa,pembangunan negara, sejarah dan sebagainya. Jangan risau sebab soalan objektif, so boleh tembak kalau tak tahu. hehe. Part B, pengiraan dan penyelesaian masalah. Soalan simple jer tapi masa tak cukup nak buat kira2 sebab korang tak dibenarkan guna kalkulator ye. Part C esei BM dan part D esei Bahasa Inggeris. Soalan esei plak umum dan tak perlu risau sebab boleh goreng je bagi pendapat asalkan munasabah ok. Jika korang lulus exam ni baru akan dipanggil for next stage, PAC/ Interview.

2) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
    Untuk jawatan ni aku apply under SPA guna diploma. Kalau penolong pegawai kelulusan diploma jer ye yang depa nak. Nasiblah aku ade diploma dan juga degree dalam masa yang sama sebab korang banyak choice lah nak apply bile isi online form SPA tu kan. Bagi jawatan peringkat diploma tak perlu menghadiri exam bagai just straight pergi interview je. Masa dapat surat panggilan ni adelah masa dalam sebulan untuk preparation tapi macam biasa, benda wajib tahu adalah dasar2 kerajaan dan isu2 semasa. kalau korang dah kerja masa pergi interview tu depa akan banyak soal jawab tanya pasal kerja yang korang buat sekarang, kalau still menganggur selamatlah tak banyak tanya sangat. Masa pergi interview ni kat Putrajaya aku confident je, tak berdebar sangat sebab aku rasa dah buat yang terbaik tetapi peluang aku tipis sebab bidang aku tak related sangat dengan jawatan ni, my suggestion kalau korang nak jadi pentadbir dalam sektor awam ambiklah kurus Pentadbiran Awam semasa di universiti ye, sebab chance anda untuk dapat jawatan tu sangat tinggi. Ini terbukti sebab beberapa orang yang rapat dengan aku dan sememangnya mempunyai kelulusan dalam bidang Pentadbiran Awam ni semua berjaya dalam interview SPA ni plus usaha dan doa.

3) Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41
    Surat menghadiri peperiksaan untuk jawatan ni aku received awal dan adalah masa untuk study sedikit seabnayk. Sama part macam exam PTD sebelum ni ade objektif pengetahuan Am, penyelesaian masalah, esei BM dan esei BI. Aku sangat2 berminat dengan jawatan ni sebab berkaitan bidang kesihatan. Preparation yang korang perlu buat adalah baca segala bahan bacaan dari kementerian kesihata, risalah pasal penyakit berjangkit, ubat-ubatan, cara rawatan dan cegah demam denggi, cara senaman yang baik dan sebagainya. Pendek kata semua pasal kesihatan diri lah. Alhamdulillah aku lulus exam ni dan dipanggil untuk PAC dan interview sebulan selepas itu. PAC ade perbincangan dalam kumpulan dan public speaking. So far ok je tak tough sangat. Masa interview aku agak stress ntah pape. Nak kata tak prepare tu ntahlah, rasa macam dah ready tapi berdebar sangat dan aku dapat interviewer yang macam tak best jer. Ok, aku dapat rasakan itu. Bile jawab soalan yang ditanye pon aku gabra semacam je padahal soalan simple jer.fuh. Keluar je dari bilik tu aku rasa 50/50 jer nak berjaya, takpelah yang penting dah lepas iv.haha.Sekarang dah sebulan lebih results iv tak keluar lagi.

4) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA Gred DG41
    Tengok nama jawatan pun mesti korang dah agak untuk post ape kan. Ok, kali ni as guru mrsm. Background study aku untuk degree adalah Sports Science so aku apply untuk guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Barulah related dengan bidang kan baru steady sket nak pergi interview. hehe. Yang ni aku baru jer attend minggu lepas. memang kalut jugak sebab short notis jer mara bagi. Keputusan untuk menghadiri iv ni keluar Sabtu,30 Nov. Iv pulak start 3Dec. Gile kot nak prepare macam2 tu..bukan setakat pergi bersoal jawab jer siap ade microteaching ye..kalau untuk subjek aku siap ade fitness test lagi! perghh. Nasib aku punye turn 5 Dec hari terakhir so adela masa sket nak setting otak bagai. Dahla masa tu aku ade kat Melaka tengah excited celebrate abg ngah aku kawen. Stuck betul tapi alhamdulillah aku dapat menghadiri iv tu dengan lancar di MRSM Transkrian, Nibong Tebal,Pulau Pinang. Memang jauh, tapi aku tak kisah sangat yang penting usaha tu ade. Parents pon sporting siap sponsor hotel dan bagi duit poket lagi.hehe. Ada jugak kawan2 aku yang dapat iv yang sama ngan aku tak pergi pon sebab jauh,no bajet dan masa singkat sangat, kesian tapi nak buat macamana tu atas diri masing2 lah kan. As guru PJ ni banyak kene tahu pasal sukan dan juga kesihatan. Masa fitness test aritu aku buat yang termampu jer sebab tak sempat nak training dulu, nasib takdelah tough sangat ujian yang depa buat. IV guru mara ni ade 5 parts. Iaitu ujian personaliti(layak ke tak ko jadi pendidik), English essay, microteaching,iv face-to-face. Tempat yang sama ngan aku on that day untuk subjek Sejarah, Pendidikan Islam, Geografi dan Kemahiran Hidup. Alhamdulillah dah selesai dan mengharapkan yang terbaik. Doa jangan lupe coz setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh-NYA.

Job interview dalam sektor swasta setakat ni aku pernah hadiri 3 iv. Dan kesemua yang aku attend aku berjaya. Tapi biasalah kerja sektor swasta ni ade jer yang tak kene kan dan korang akan terus usaha sehingga dapat ideal job, betul tak? Ideal job? ermm for me tak penting sangat kot asalkan tempat kerja tu ok,environment best, colleagues sporting, good salary,boss baik dan kerja setimpal dengan gaji yang dapat. Baru ideal kan?hehe :)

Oklah, sampai sini jelah. Panjang bebenor entry kali ni. Lenguh satu badan duk mengadap lappy.

p/s : harap sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana wokey! Dan jangan lupe doakan mangsa banjir di Pantai Timur, semoga semua dalam keadaan baik.:) #prayforPantaiTimur

Bye!