KISAH PUTERI BERUK DENGAN PUTERA BABOON YANG HODOH
Pada suatu masa dahulu, di dalam sebuah negeri yang terletak di pedalaman yang diberi nama Saturday Foreland, tinggal sepasang tunang iaitu Puteri Beruk dan Putera Baboon yang hodoh. Mereka hidup dalam serba kesenangan kerana Putera Baboon mempunyai harta, tetapi mereka tidak dapat merasa kebahagiaan dan tidak mendapat ketenangan hati walaupun hidup mereka dilimpahi kesenangan.
Mengikut cerita penduduk kampung dan sumber yang boleh dipercayai, Puteri Beruk seorang yang materialistik. Puteri Beruk menerima lamaran Putera Baboon kerana Putera Baboon mempunyai harta yang banyak. Selain itu, Puteri Beruk juga seorang yang sangat pendengki dan busuk hati. Dia gemar menjaga tepi kain orang dan suka mengganggu ketenteraman hidup orang lain. Dia juga gemar menabur fitnah ke sana ke mari dan juga suka membawa cerita-cerita yang tidak elok untuk menganiaya orang lain. Dia juga tidak boleh melihat orang lain melebihi dirinya, pasti ada sahaja agendanya untuk menjahanamkan orang lain. Kasihan Putera Baboon, sudahla hodoh, dianiaya pula oleh tunangnya yang dianggap sangat menyayangi dirinya.
Pada suatu hari, Puteri Beruk yang tidak sedar diri mendengar berita tentang kebahagiaan seorang Putera dengan Puteri kesayangannya. Mereka adalah pasangan yang sangat secocok dan bahagia. Mereka menjalinkan hubungan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan tanpa ada niat yang tidak elok. Mereka tinggal di kawasan bandar yang maju tetapi penuh dengan kesederhanaan. Mereka juga selalu bertutur perkara yang baik-baik, oleh sebab itu mereka disukai oleh orang ramai.
Puteri Beruk yang busuk hati itu segera ke bandar untuk merisik tentang Putera dan Puteri yang bahagia itu. Dia menyamarkan dirinya sebagai Bunga Citra Lestari untuk mengelakkan dirinya dari dikenali oleh orang ramai. Dia pun pergi mengintai di rumah pasangan itu, Dia amat sakit hati dengan kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli itu. Dia pun segera mengaturkan rancangan jahat untuk menjahanamkan pasangan yang bahagia itu. Tanpa disedari, Putera Baboon sudah dapat menghidu kegiatan jahat tunangnya itu. Dia mengekori Puteri beruk dari belakang. Sedang Puteri Beruk yang jahat itu menyebarkan fitnah kepada orang ramai, Putera Baboon muncul seraya menampar Puteri Beruk sehingga tersungkur ke tanah.
Setelah kejadian itu, Putera Baboon pun memutuskan hubungan dengan tunangnya yang jijik itu. Putera Baboon membawa dirinya ke bandar, dia lebih menumpukan perhaian terhadap perniagaannya untuk melupakan Puteri Beruk. Maka tinggallah Putri Beruk yang tidak sedar diri itu terkontang-kanting seorang diri. Putera dan puteri yang ingin dianiayai oleh Puteri Beruk itu terus hidup gembira dan bahagia selamanya.
Moral : Janganlah ada rasa dengki dan khianat terhadap orang lain kerana dunia ini ibarat roda, kelak nanti akan memakan diri sendiri. Berbuat baiklah selagi yang termampu, jangan mengganggu ketenteraman orang lain. Bersama-samalah kita mengamalkan nilai-nilai murni demi kesejahteraan hidup bersama di bumi ALLAH yang bertuah ini.
No comments:
Post a Comment