CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 30 December 2015

Work Trip : Istanbul Part 2 sightseeing


Assalamualaikum peeps!

Finally dapat jugak aku update pasal trip ke Istanbul haritu untuk part 2. Dalam entry kali ini aku akan story perjalanan aku selama 3 hari  di mana sesudah selesai perihal kerja. Aku extend aku punya stay kat sana lagi 3 hari untuk menikmati bandar istanbul yang sesangat popular itu. Hotel yang aku duduk-company provide adalah di area Taksim so pada 27 Oct aku check out hotel dan pindahkan segala barang-barang aku ke bilik member aku. Al maklumlah meeting aku habis awal manakala others still perlu bekerja means aku akan travel ke pelusuk Istanbul sesorang je ye. And this is budget travel sangat. Cost kat Istanbul ni mahal so aku menumpang je kat bilik office mate aku. Jimat belanja. hehe.

Tanggal 27 Oct after setel semua urusan aku gerak dengan hanya berbagpack menuju ke old side of Istanbul. Destinasi pertama aku ialah Sultanahmet. Dengan berbekalkan segala info yang aku google di internet dan blogwalking aku dengan yakinnya bergerak seorang diri. Berdebar jugak okeh! Tapi aku memang ok je jenis yang suke berjalan sesorang apa ada hal. :) Keluar je dari hotel aku menuju ke arah Taksim Square which took about 15 minutes walking distance from my hotel. Semasa perjalanan ke sana aku singgah kedai runcit untuk beli Istanbulkart. Ini penting kalau korang nak travel guna public transports  di Istanbul. Most of the time memang aku travel dengan bus and tram.

Taksim Square- Sultanahmet
Pergi ke Metro Station (signboard biru 'M') dekat sangat dengan Taksim Square tu dan naik funicular untuk menuju ke stesen Kabatas. Dari Kabatas baru naik tram  T1 menuju ke sultanahmet. Mudah bukan. Masa tu aku tak naik pon funicular tu konon nak jalan kaki sambil hirup udara segar gitu. SO aku just jalan kaki dari Taksim ke Kabatas around 20 minutes. Weather best dingin je so ape lagi jalan2 feeling macam tourist sangat kan.haha. Dalam 5 station kot from Kabatas untuk sampai ke Sultanahmet. 

Sampai je kat Sultanahmet, wah! tak caya rasa Hagia Sophia depan mata wehhhh. But trutst me Blue Mosque lagi cantik dari Hagia Sophia tu. hehe. Memang ramai tourist lepak and bergamabr. Aku pon layan mood sorang2. Tenang je rase wehhh. Bahagia. Then after dalam 1 jam lepak kat situ aku terus cari directio untuk ke hostel yang aku dah booked. Aku book kat hostelworld.com . Bilik dorm 6 beds. MYR70 kot per night. Aku jalan punya jalan rupanye dekat gile hostel tu dengan Hagia Sophia and Blue Mosques. Around 8 minutes walking distance weh! suke gile! So tiap2 malam lah aku akan lepak kat taman deppan blue mosque tu. :) Aku stay kat hostel ni untuk 2 malam jer. Jom layan gamabr2 aku yang ala2 tourist sangat tu. Seriously best lah Istanbul and if you are lone ranger dont worry because it is a safe place!


Istanbulkart-harga 25TL kot. tak sure sebab dah 2 bulan aku ingat2 lupe.hehe

 Taksim Street. Tempat best shopping! Aku suke pergi Koton and LC Waikiki.

 Galata Tower

 Itu die simit. Aku tak penah try pon ntah tak rase nak makan.

 Istanbul Hostel! my home for 2 nights.

Mamat Jepun handsome tlg amik gambar aku masa ni. hehe. Kalau tidak, takdelah kenangan aku bergambar depan Hagia Sophia ni. nangis wehh

Blue Mosque! Cantik sangat!

 Aku lupa nama masjid ni tapi aku terjumpa masa aku jalan-jalan dekat area Eminonu. Dekat jer dengan Spice Bazaar.

 Kedai-kedai yang comel sepanjang tram 



 Sultanahmet Square

 morning view from my hostel :)

 Topkapi Palace. Aku masuk half jer sebab kene bayar mahal lah. So not in my list. Jalan2 ambik gambo jer. Kate budget travel dop gituu

 Eminonu- kat sini tempat famous malam2 orang makan burger ikan tu and tempat memancing. Dekat jer dengan Galata Bridge.


 Halaman Blue Mosque. Alhamdulillah aku sempat masuk dan solat dalam blue mosque ni.

Naik Bosphorus Cruise! ini free sebab termasuk dalam jadual meeting/work aku. hehe. Belayar beb! Kalau kene bayar memang tak naiklah aku.



 Turkish delight! Nampak sedap..

Ok ini area Taksim Street. Masa kat hotel tu tiap2 malam aku lepak sini cari makanan dan cari barang best. hehe. Aku pergi jugak Grand Bazaar tapi cuci mata jelah beli cenderahati tapi sini pun murah. 

Selepas 2 malam menginap kat hostel tu aku pindah balik ke hotel di Taksim. Lepak 1 malam kat bilik member aku dan 30 Oct gerak balik KL. 
If ade yang nak tanye pasal Istanbul trip aku ni dengan lebih detail boleh email kat aku
jalilah77@gmail.com 

Till then, bye!

counting 2016! +_+

Happy Long Holidays and Happy New Year!!


Saturday, 5 December 2015

Work Trip: Istanbul Part 1

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah finally dapat jugak update about my work trip in Istanbul on October recently. Aku bahagikan kepada 2 part sebab macam banyak sangat gambar dan story nak tulis so divide lah lagi mudah untuk korang baca dan bayangkan. :) Seriouly aku rasa sangat bertuah dapat jejakkan kaki di bumi yang pernah menjadi salah satu tempat kebangkitan Islam dan yang penuh dengan sejarah Islam ni. Of course lah kalau nak kesana dengan bajet sendiri aku tak tahu lah bila akan sampainya. Mahal kot kos untuk ke sana aku ingatkan murah sebab ramai kan sekarang orang-orang Malaysia ke Istanbul, bila masa aku nak beli tiket tengok mak aiii almost 3k tiket untuk ke sana ye. Hancur harapan encik suami nak follow sekali time ni. 

Aku ke sana atas urusan kerja so habis jer conference and meeting aku spent time 3 days untuk jalan-jalan and relax. Aku jarang bercerita pasal kerja aku ni tapi aku tengok ramai sangat yang bertanya bila tengok aku selalu travel overseas. Yela, nak travel sendiri memang taklah so bila dapat peluang kerja+makan angin siapa tak suka kan? Tapi bila travel sambil kerja ni lain gile rasenya, stress kerja tu melebihi segala-galanya. Nasib baik aku ambik cuti 2,3 hari after kerja so bolehlah relax2 tenangkan jiwa gitu. Kalau korang nak merasa dapat travel free macam aku korang apply lah kerja kat international organisation or company, for sure lah nanti korang kene handle event or attend workshop kat overseas. hehe. Aku ni kebetulan lah, rezeki orang kata. So percayalah pada rezeki masing-masing. 



This is Qatar!! view from the sky. Sempat lagi aku snap. Teruja and excited gile tengok. Lawa dowhhhh. Rugi rase aku tak ambik flight yang transit lama sket, kalau tak boleh explore Qatar sekejap.huhu. Ok, next trip aku nak transit lama sket. hehe
In front of Hilton Bhosphorus Hotel which the general assembly, conference and related meetings were held. FYI, general assembly ni adalah event wajib every year in October so every October most of the staff have to attend the assembly, like last year in Macau, this year Turkey and next year Jakarta and etc...





I work in Sports Department so I have to coordinate all the meetings related to sports dept. 


before travel aritu kalut aku duk cari baju baru and mix and match everything. Belum travel dah banyak berhabis duitt!! :( yela, aku jarang shopping baju2 kerja so bila dah kene ourstation camni mula lah kalut. Al maklum pergi kerja hari2 sempoi jer, smart casual gitew.

colleagues! Yang sebelah aku tu Premila. Antara colleague yang paling close dan banyak beri tunjuk ajar kat aku yang newbie ni. Tapi sayangnya die dah balik India last month coz dapat offer yang lagi better okeh! what? married lols!hehe. And she will get married end of this month then sh will move to US with her hubby.



 Group photo with half of delegates yang attend Sports Group Meeting. Spot me! Sebelah aku tu my boss/sport director, Mr Cai Yanjiang from Beijing.Very nice, friendly and sometime....erghhh. stop. :)


Sekian, entry bersambung part 2!



Sunday, 11 October 2015

Tengku Ammaraisya 1st Birthday

 Assalamualaikum wbt.

Hello guys! How do you do? I'm good, Alhamdulillah! It's Sunday though, what a lazy day. Normally on Sunday I try not to go out and just stay at home doing all the household things and etc. After everything done, now I have a little mood to update a story happened recently. The best thing I want to share here is about my daughter!Yes, it's true..Ammara is turning 1 year-old on 26 September 2015. How time flies! Just cannot believe it's already a year since giving birth to her on last September.

Well, my first daughter turning 1, biasalah mom yang terlebih excited kan. Everything went well as planned, thank you Allah. Oh, the event took place in Terengganu since we celebrated the Eid Adha there.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh ahli masjid dan jiran tetangga selepas solat Asar. Seterusnya selesai part tetamu dewasa, around 5.30 anak-anak jiran dan tetamu -tetamu lain ambik tempat. Kiteorang jemput takdelah  ramai sangat just jiran tetangga dan saudara mara sahaja. Buat majlis kecil-kecilan aje just untuk berkongsi kegembiraan dan juga berkongsi rezeki bersama orang-orang terdekat.

Theme on that day is pink 'Hello Kitty' since Ammara adalah peminat no 1 kucing so tercetuslah idea nak buat hello kitty punya theme. Lagipun mudah kerja aku since barang-barang hello kitty senang je nak cari kan. Segalanya aku rancang 2 weeks before the birthday date.

my everything!

bacaan tahlil dan doa selamat

 background tu my husband tempah from his friend, 3 hari ajo dah siap! 
the goody bags aku prepare sendiri dan kebanyakkan barang aku beli dekat GM Klang. murah okay kat situ.

 tok ki dan wan bergambar bersama cucu sulung tersayang! untunglah kau nakkk..semua bende dapat..*mama is jealous..haha! 
 Ammara dapat gold bar from uncle Lie! First anak buah lah katakan, moh kita tengok next anak buah dapat ke tidak gold bar..hehe

 gigih si Kak Ya bercerita tapi Ammara duk jeling dan mulut mengemam tengok gula-gula.haha

 bergambar bersama orang-orang kuat majlis-beloved cousins!thanksss



Ammara, Hannah and friends! Dulu Hannah lah yang menjadi tumpuan so sekarang tempat sudah take over oleh Ammara. Hehe. Next year dah ada baby baru sorry and byebye lah both of you ye.. :)

Alhamdulillah untuk rezeki ini Ya Allah, sungguh tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Terima kasih untuk rezeki ini, semoga anakku membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin.


Sekian!


p/s : missing her so much! less than 2 weeks away for my work trip..am I nervous?excited? don't know la..mama rindu Ammaraaisya!

Tuesday, 15 September 2015

How I miss Terengganu

Di mana bumi berpijak di situ langit dijunjung. 

Minggu lepas, aku balik kampung jenguk anak yang dirindui. Buat masa sekarang anak aku stay kat kampung with my parents. Bagi aku kalau dengan kehadiran Ammara di sana membuatkan kedua orang tuaku gembira, aku redha. Aku dan suami sering berfikiran positif bila banyak pihak yang bertanya kan pasal anak. Bagi kami kalau itu yang membuatkan parents kita gembira why not? Bukan nak tinggal lama pon kan, diaorang mintak nak jaga about a few weeks, so balik Raya Haji nanti bawak balik KL lah. Ambik panjang lebar explain sebab ramai yang tak faham dan teragak2 nak tinggal anak kat kampung even mak bapak merayu bagai. Take it aesy guys, tipulah kalau tak rindu kan so just stay positive, ada hikmah semua tu. 

So Sabtu lepas we all bawak Ammara keluar ronda2 bandar Kuala Terengganu and niat aku nak bawak die ke pantai tercapai jugak just tak sempat dan tak ready nak bagi die main pasir pantai lagi. Ok, not today sayang. Next time bila betul2 pergi holiday baru boleh main pasir ye. Kiteorang lepak kat pantai dan kedai makan yang kami selalu dating zaman study dulu. 6 years back mungkin. haha. Ni dah macam entry throwback gitu. Then lepak sekali dengan seniors aku zaman diploma Kak Fana dan Abg Wafi. They all ni kenalan and bestfriend my husband so kiteorang selalu jugaklah lepak skali kalau berkesempatan dan sekarang masing2 dan ada anak. How time flies. They all plak skrg tengah tunggu kelahiran cahaya mata kedua. Wah, cepat nau si Aufa ni dah besar nak jadi kakak dah. Ammara bila lagi? InshaAllah jika diberikan rezeki anytime kami ready. :)











Now counting days to Raya Haji sebab tak sabar nak balik jumpa Ammara! Pelik tapi benar, bila Ammara ada kat rumah aku plak duk sibuk nak setel laundry lah, kemas rumah, menyapu ,lipat baju dan sebagainya. Tapi bila anak takde kat rumah relax je xde kalut nak buat semua ni jadi pemalas plak aku ni. Banyak masa terluang pon nak update blog susah padahal macam2 nak update dan abadikan dalam blog ni. Hmm.

Next month aku outstation,  kali ni ke Istanbul! Excited bak hang..serius memang excited sangat outstation kali ni sebab orang cakap sekali pergi Istanbul mmg nak pergi lagi. Amboiii ticket flight pon dah beribu kau..aku belum mampu lagi kalau nak pergi sendiri. And kali ni aku duk pening nak plan itinerary aku sepanjang kat sana since my husband tak follow coz cost yang mahal wehhh return ticket saje dah cecah almost 3000 so kali  ni after kerja habis aku extend another 3 days and maybe travel alone di Kota Istanbul. Gigih kan? Well, kita hanya mampu merancang dan doakan moga semua berjalan lancar.

Till then. Bye!

Aidilfitri 2015


Assalamualaikum.

Entry terperam dalam draft itu biasa okes. This year raya is Ammara's first raya! We are so excited to celebrate this time raya with our little one. Raya kali ini suami yang decide colour and see he choose the bright one, orange! Layan jela..First day raya macam biasa perlu ikut giliran, kali ni raya pertama di Terengganu and raya ketiga pagi baru gerak balik Kedah. Such a long journey as usual. Pertembungan timur dan utara nak buat camana. Alhmadulillah, He knows better.




Raya tahun ni dapat jumpa sempat beraya  di rumah bff, sebelum2 ni tak menyempat nak singgah even duduk satu kampung. Kalau tengok entries lama aku muka makck ni sering terpampang di blog ini okes. haha. 
I also met Nuru my long long time bff! She's getting married next week. I'm happy for you..finally jumpa jugak si  price idaman hati. So of course raya haji lagi sekali balik Terengganu. hehe. Sorry husband

2 Syawal

4 Syawal

Beraya di Kedah macam biasa akan balik ke kampung father-in-law di Chuping, Perlis and then pergi terjah Padang Besar. Aku pon tak pasti why kiteorang selalu sangat ke sana padahal tak beli pape pon. Jamu mata jer lebih but kedai makan Siam kat sana not bad itu yang buat selalu singgah PB tu. :)

Sekian entri raya saya yang ringkas seringkasnya. Biaslah kalau dah up gambar malas nak mengomel banyak2.

even Raya dah 2 bulan berlalu, stilll we olls nak wish jugak..
Selamat Hari Raya from Ammara,mama and papa!

xoxo!