CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 22 May 2014

MyPregnancyStory : Maternity Pants

Salam.

Now dah masuk 5 months+ usia kandungan aku dan sekarang terasa banyak sangat pakaian yang dah tak muat dan buatkan aku malas sangat nak keluar, al maklumlah kene pakai baju yang sama je kan. Hari tu ada jugak aku memborong pakaian kat Kenanga Wholesale tapi tak jumpa pon yang betui2 selesa dipakai. Membazir pulak rasa beli banyak2 masa tu. Masa kat KWC aku borong palazo, dress, skirt dan blouse dan sekarang rasa baju2 tu cam tak sesuai nak pakai hari2 dan buat lasak.*okey alasan!haha.* Actually aku perlukan maternity pants yang selesa, murah dan cantik okay. Senang nak match dengan mana2 baju. Simple je tu yang aku suke. 

So ak pun sibuklah duk mengoogle dan survey kat mana2 onlineshop mencari pants yang best dan murah. Banyak review aku tengok mommy-to-be beli maternity pants kat Jusco, Maternity Dept. But setelah aku survey design tak lawa dan harga pon macam mahal je (range rm59-rm79) dan  yang paling tak best design macam makcik2 sangat dan mostly skinny jeans. Setelah survey banyak hari aku terjumpa satu onlineshop yang murah dan barang best. Yes, Mammahouse.com. Masa tu tangan dah gatal nak masuk chart dan shop online terus. Tapi memandang aku takot ukuran salah dan sebagainya, aku pon bodek encik husband ajak p showroom terus weekend lepas. Tengok depan mata dan boleh terus fiitting baru puas hati kan, nasib showroom/kedai tu xdelah jauh sangat dengan my place. Area Bandar Bukit Puchong je. 

Weekend lepas bercadang nak ke mother and baby expo MidValley but bile difikirkan kembali malas nak berasak dan parking pun susah plus belum buat checklist betui2 pe yang perlu beli so kami ke MammaHouse dan Kedai Manjaku sahaja pada hari tersebut. 


22 weeks pregnancy :)

ok, dah sampai kat MammaHouse- just 
a small showroom coz they prefer more for onlineshopping

sibuk memilih jeans yang aku dah usyar kat website aritu, memang banyak choice, cutting cantik dan material pon best! range harga RM45-RM59. murah kann

ok, done shopping for mommy! hehe. Aku grab 2 helai je mcm kat bawah ni. 


 

ni pulak some stuff yang aku borong kat KWC last montlh. Belt tu murah gile 3 for rm10. Flat shoes tu pulak aku beli kat Vincci. 

ok,bye.



p/s : now aku giat menggantikan puasa. huhu. Yela, ramadhan kan dah dekat, serius tak sabar nak sambut ramadhan tahun ni dan berharap aku dapat berpasa penuh! :)



Thursday, 8 May 2014

MyPregnancyStory : First Trimester


Assalamualaikum.


Long hiatus and now I'm back for good! Banyak benda nak share kat sini tapi satu persatu la ye. Ok, this time aku nak khabarkan perkara yang paling mengembirakan buat kami sekeluarga, Alhamdulillah, kami akan bergelar papa dan mama tidak lama lagi kalau diizinkan-Nya. We are so happy! Syukur!

Berita baik ni aku tahu masa bulan Januari haritu, setelah 6 bulan kahwin akhirnya kami dikurniakan rezeki yang tidak terhingga ini. Yang paling excited adalah si bapa macam tak percaya katanya. haha. Bajet macam muda lagi kan, padahal umor dah meningkat kot, so memang sesuai sangatlah ada anak time2 camni. 

Memandangkan period aku amatlah teratur sepanjang bulan bila tetibe terlewat 2 hari my hubby dah kalut suruh buat preganncy test. Aku pulak relax jer sebab tak nak terburu buru. So, bila dah seminggu lewat aku pun dengan yakinnya suruh my hubby beli pregnancy test kat farmasi. Aku cakap kat die beli yang murah dan yang biasa je. Jangan membazir sebab takut mengecewakan bila dah macam sah baru try gune yang mahal sket.hehe. So hubby aku beli yang murah je, RM8 gitu kot kat farmasi. Pagi keeseokkan harinya aku bangun awal pagi dan terus buat ujian dan alangkah gembira bila dapat tengok 2 line ye. So, kejutkan hubby dan die macam excited tak yah cakap la kan. Baru aku tahu bagaimana rasanya bile tahu ada nyawa lain dalam perut ni. Alhamdulillah. After solat subuh kami sibuk bercerita itu ini dan duk snap pic preganancy test tu.haha. 

Then, bermula lah symptom orang mengandung pada aku. Masa minggu 4-12 aku memang tak leh nak masuk dapur terus. Aku alah kepada bau minyak. Hambik kau, bile tak leh bau minyak cmana mau masak kan? so bermula kehidupan macam orang bujang asyik beli bungkus or makan kat kedai je. Tapi aku tak makan banyak pon, tak selera nak makan dan berat aku memang turun banyak time tu. Dan lagi satu aku punye morning sickness xdelah teruk sangat, biasa2 je. Muntah pon jarang2 tu pon bile makan makanan yang tak kene dengan selera, baru aku muntah. So far semua berjalan lancar. Aku hanya ke klinik untuk buat pemeriksaan dan check my EDD masa minggu ke 12. Aku ke Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Masa tu doc scan perut dan boleh dengar dengupan jantung baby dah. :) Seminggu lepas tu aku pergi buat buku pink kat Klinik Kesihatan Puchong Batu 14. Kalau nak buat buku pink ni die ikut alamat rumah ok. Means kawasan tempat tinggal kite. Padahal jauh jugak klinik ni dari rumah aku. fuh! Maka, episod tiap2 bulan pergi check up di klinik pun bermula.



 2 lines! yeay
 we are at week 12!
Welcome Second Trimester! +_-
 20 weeks pregnancy!

 we are daddy&mommy-to-be :)

Semoga perjalanan ini dipermudahkan dan dirahmati olehNya...

p/s : bulan depan ingat nak pergi scan nak tengok jantina baby. Bile aku tengok review kat blog2 lain depa cakap masa yang sesuai untuk scan jantina baby adalah pada minggu ke 23 dan ke atas. So dah boleh lah kot. hee. :)