Assalamualaikum.
Salam Aidilfitri! Salam Syawal yang mulia! Just nak update sedikit regarding my E-Day last year. Hamba tahu ini cerita sudah basi but wajib ada dalam my entry list, kata blog dah macam diari kan.hiks.
Actually we decide nak bertunang ni after aku habis study. Then ade rezeki dapat kerja sementara terus decide nak bertunang. Masa tu kalu tak silap baru sebulan lebih kot kerja. Fuh. Majlis diadakan simple je dengan bantuan family dan saudara mara terdekat. For my E-Day attire aku just beli yang dah ready made kat Jalan Masjid India. My fiance cakap pakai baju simple2 sudah, dont over sangat, yang penting niat tu. So, baju biru ni En Tunang yang pilih ye. Kalau aku pilih of course lah pink kan. Then my mini dais pon buat ala kadar jer, my mom punye kawan tlg buatkan dibantu oleh saudara mara.
Untuk majlis tunang ni aku tak menyumbangkan byk sgt tenaga coz time tu aku sibuk kerja kat KL. Yang aku prepare hanyalah baju je, lain2 sume my mom n my cousins yang handle. Alhamdulillah time E-Day haritu aku dapat banyak sponsor so xdela rabak sangat kan. :) FYI, aku just sampai di rumah pada malam sebelum majlis oke. Agak penat disitu habis kerja pada hari Jumaat petang tu aku trus drive balik Trg with my bff then esokkan tu dah majlis. Lega, sume berjalan dengan lancar. Just aku jela yang penat sangat, muka pon xleh blah nampak sgt tired kot.haish, jangan tiru aku ye.
Event : Jalilah & Aiman Engagement Day
Date: 17 Nov 2012
Venue : Kg Buloh, Kuala Berang, Terengganu.
kesayangan saya! org kuat majlis! sayang semua!
Bakal ibu mertua (time tu lah, skrg dah sah jadi ibu mertuaku pon)
ayoh, En Aiman, abah
My second ayoh a.k.a my uncle!
sahabat selamanya~~~
Puan Amna, Cik Dinie dan Cik Tiha.
Selesai sudah satu entry yg lama terperam.
p/s : next will update about wedding n raya 2013! inshaAllah. Stay tuned :)