CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 15 September 2013

My Wedding Part 2 : Majlis Kesyukuran


Salam.

Majlis resepsi/ kenduri kendara/makan gulai/kenduri sebelah pihak perempuan. Macam-macam nama ada kan. Nama ini mengikut berbagai-bagai tempat, kalau orang KL atau orang bandar diorang sebut solemnization/resepsi dan macam bagai nama yang glemer gitu. Kalu kat kampung kiteorang sebut makang gulai (orang Terengganu), ada jugak yang panggil sebagai 'majlis bekwoh'. Papepun ianya adalah majlis walimatulurus di mana untuk memberitahu kepada umum tentang pasangan yang baru dikahwinkan dan menjamu orang ramai. 

Majlis kahwin kat kampung memang meriah, acara memasak diadakan secara gotong royong dibantu oleh jiran-jiran dan saudara mara. Tak perlu nak membazir duit upah katering bagai. :) Semasa buat persiapan kahwin, my mom dah bagitaw siap-siap, majlis kenduri nanti takyah lebihkan pelamin, nak bergambar bagai, beri tumpuan kepada tetamu yang hadir ( sila raikan tetamu yang datang majlis anda). So tumpuan dilebihkan kepada makanan/lauk pauk yang akan dihidangkan kepada para tetamu. Bak kata my mom, biar orang datang makan puas hati, al maklumlah yang datang dari pelbagai tempat, jauh plak kan so biarlah mereka datang dan pulang dengan  perut kenyang dan puas hati. 

Pengurusan tempat pada hari tu aku serahkan sepenuhnya kepada my mom. Aku hanya tetapkan warna tema untuk dekorasi khemah iaitu warna kuning+silver. Tapi bila dah siap pasang khemah tetibe ade plak warna pink bagai. Haha. Kanopi, meja dan segala hiasan semua tu disediakn oleh my cousin yang sememangnya menyediakan khidmat sewa kanopi dan lain-lain. My mom decide untuk gunakan semua meja bulat untuk tetamu yang hadir, sesetengah orang hanya pihak lelaki sahaja yang desediakan tempat special, for us biar semua sama, untuk orang kampung memang kami sedia meja bulat ala2 kat hotel tu even majlis buat kan rumah je pon. hehe. Apa yang penting keselesaan para tetamu.

Overall, majlis berjalan dengan lancar walaupun pada hari tu memang cuaca panas sangat. Aku rasa gembira sebab dapat jumpa kawan2 lama, terima kasih kepada yang datang terutama kawan2 satu universiti zaman diploma dulu, Zue,Qid,Intaq,Ummu Liya dan of course my geng Tiha,Dini, Yana,Ummu,Shaima yang banyak membantu sepanjang majlis berlangsung. Terharu ye bila kawan2 sudi datang dari jauh, al maklumlah rumah aku tu kawasan hulu sket jauh, daripada bandar Kuala Terengganu dalam 40 minit ye. Dapat jugak diorang cari rumah. :) 

Last but not least, terima kasih tak terhingga kepada keluarga terutama mak, ayah yang banyak support majlis ini. Boleh dikatakan 100% perbelanjaan majlis ditanggung oleh my parents. Kenduri tersebuat dibuat sebagai kenduri kesyukuran dan kenduri arwah skali untuk my grandparents (Al-fatihah). My mom cakap sememangnya tugas ibu bapa untuk mengadakan majlis sempena perkahwinan anak mereka. Yeke? kalau macam tu alhamdulillah.  Duit simpanan aku hanya aku gunakan untuk membeli barangan hantaran, baju nikah, sewaan pelamin dan sebagainya. Serius, memang aku sangat berjimat cermat on that time. Semua simple2 je termasuk barangan hantaran takde yang branded bagai. haha. Itulah bila kahwin duit cukup2 je. hehe. Al maklumlah kalau kat Terengganu ni mostly duit hanataran iaitu duit hadiah daripada pihak lelaki hanya kita akan terima pada malam akad nikah itu secara cash ye. So malam tu baru aku lega sket, rasa kaya sekejap.hahaha! Duit tu untuk simpanan masa depan pengantin perempuan ye. :) untung jadi perempuan. Syukur.

~Majlis Kesyukuran~
22 Jun 2013



kak syida kesayangan!


 teman-teman~









Le familia










sekian

p/s: sorry kamera cap lumix je.(malas nak edit) Gambo dr photograper sampai skrg blom terima lagi!fuh. Tema majlis kuning+silver, aku pilih kuning sebab aku berkenan dress tu so layan jela.hee :) next will update majlis bertandang di Alor Setar. -_-

Wednesday, 11 September 2013

My Wedding Part 1- Akad Nikah


Assalamualaikum.

It has been a while since my last post here..Hello September! Alhamdulillah.Tengok tajuk entry pun dah tahu aku nak story ape kat sini kan. Ok, seperti yang dijanjikan akan ku update sedikit sebanyak about my wedding a few months ago. Why kene update jugak kat blog?urm manelah taw kot2 terhilang From the first, aku dan husband memang dah plan nak buat majlis ringkas dan sederhana sahaja. Syukur semua seperti yang dirancang, just ada yang kureng sket tu biasalah kan..first time kot! lepas tu persiapan semua ala kadar dan agak kelam kabut. Biasalah, aku kan  jenis buat kerja last minit dan suke maen bantai jer n last2 menyesal tak sudah.hehe. 

Majlis akad nikah diadakan di rumah sahaja memandangkan ada sebab yang tak dapat dielakkan.haha. =p Pada asalnya nak buat di masjid lagi afdal kan, tapi nak buat camana keadaan tidak mengizinkan. Malam tu yang hadir hanyalah saudara mara, jiran2, bestfriends dan rombongan pihak lelaki. Majlis bermula kira-kira jam 9.30 malam. Pelik tapi benar, aku tak berapa nak nervous lol malam tu, aku pon xtaw kenapa..muka macam slumber, hati pon ok just tangan aku jela yang seram sejuk okay. fuh! Theme on that night, cousin aku gedik cakap semua wajib pakai hitam/ berjubah ala arab okay.ish3.

Malam Akad Nikah
21 Jun 2013

macam biasa, sesi bergambar sakan dalam bilik bersama teman2 sebelum dipanggil keluar :)
 my bestfriends zaman universiti!! sayang mereka sangat ok. Diorang stay kat rumah aku 2 malam just for the preparation. tq so much!!!



 ini plak kawan zaman sekolah rendah hingga sekarang. Member satu kampung! hugs!!

katil pengantin yang semak tp nak post jugak pic. Ini adalah kerana bantal kecik comel yg bertulisan MANJAA tu ye..thanks a lott to Cik Dinie yang berhempas pulas menyiapkan bantal itu. terharu*

fail betul lighting kat belakang tu.haha. Gambar ni je yang paling elok ade dalam camera aku ni.hehe. 

Le familia
 Poyoan with kuzies!!

My sisters in law







Sekian~


p/s: Aku agak kecewa dengan my pelamin ok, memang dah block terus akk kedai pelamin tu.haha. Lain ynag digambarkan lain plak yang datang. Serious rasa nak ada pelamin lagi sekali boleh tak?huhu. Turn adek aku nanti sure aku pilih yang tahap gaban punye sebab aku nak bergambo kat situ puas2. :) stay tuned for Part 2 ye..+_-

Friday, 16 August 2013

My E-Day


Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri! Salam Syawal yang mulia! Just nak update sedikit regarding my E-Day last year. Hamba tahu ini cerita sudah basi but wajib ada dalam my entry list, kata blog dah macam diari kan.hiks. 

Actually we decide nak bertunang ni after aku habis study. Then ade rezeki dapat kerja sementara terus decide nak bertunang. Masa tu kalu tak silap baru sebulan lebih kot kerja. Fuh. Majlis diadakan simple je dengan bantuan family dan saudara mara terdekat. For my E-Day attire aku just beli yang dah ready made kat Jalan Masjid India. My fiance cakap pakai baju simple2 sudah, dont over sangat, yang penting niat tu. So, baju biru ni En Tunang yang pilih ye. Kalau aku pilih of course lah pink kan. Then my mini dais pon buat ala kadar jer, my mom punye kawan tlg buatkan dibantu oleh saudara mara.

Untuk majlis tunang ni aku tak menyumbangkan byk sgt tenaga coz time tu aku sibuk kerja kat KL. Yang aku prepare hanyalah baju je, lain2 sume my mom n my cousins yang handle. Alhamdulillah time E-Day haritu aku dapat banyak sponsor so xdela rabak sangat kan. :) FYI, aku just sampai di rumah pada malam sebelum majlis oke. Agak penat disitu habis kerja pada hari Jumaat petang tu aku trus drive balik Trg with my bff then esokkan tu dah majlis. Lega, sume berjalan dengan lancar. Just aku jela yang penat sangat, muka pon xleh blah nampak sgt tired kot.haish, jangan tiru aku ye.


Event : Jalilah & Aiman Engagement Day
Date: 17 Nov 2012
Venue : Kg Buloh, Kuala Berang, Terengganu.


 kesayangan saya! org kuat majlis! sayang semua!


 Bakal ibu mertua (time tu lah, skrg dah sah jadi ibu mertuaku pon)


 ayoh, En Aiman, abah


 My second ayoh a.k.a my uncle!


 sahabat selamanya~~~

Puan Amna, Cik Dinie dan Cik Tiha. 

Selesai sudah satu entry yg lama terperam.


p/s : next will update about wedding n raya 2013! inshaAllah. Stay tuned :)